PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi

PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi
link : PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi

Baca juga


PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi

HAZAYANI ZAKARIA

Konvensyen AMANAH Johor


Parti AMANAH Negara (AMANAH) menganggap pertembungan sebenar dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain yang ingin menyertai pilihan raya hanyalah sekadar meraikan demokrasi.

Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan berkata, keputusan Majlis Presiden PH yang menetapkan tidak akan bekerjasama dengan Pas memberi gambaran jelas bahawa pertembungan tiga penjuru akan berlaku dalam PRU14.

Aminolhuda Hassan konvensyen Johor"Majlis Presiden telah membuat keputusan yang tegas, berani serta berprinsip pada 29 Ogos lalu bahawa PH tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam PRU14. Oleh itu pertembungan tiga penjuru seakan-akan tidak dapat dielakkan.

"Rakyat Johor yang matang dan bijaksana akan memilih kerajaan yang mampu mentadbir negeri dengan jayanya dan akan menolak mana-mana parti yang terpalit rasuah, salah guna kausa dan sebagainya," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen AMANAH Johor di IOI Palm Villa, Kulai, hari ini.

Beliau berkata, keputusan PH untuk bertanding menggunakan satu logo dan satu manifesto akan memberi kelebihan kepada gabungan itu dan memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa pertembungan dalam PRU14 adalah antara PH dan BN.

"Dengan lulusnya pendaftaran Pakatan Harapan dalam masa terdekat ini, impian kita untuk bertanding atas satu logo dan satu manifesto akan menjadi kenyataan.

"Perkara ini akan memberi kelebihan kepada PH bahkan akan memberi isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa pertembungan dalam PRU14 nanti adalah antara PH dan BN," katanya.

Justeru, katanya, jentera pilihan raya akan bergerak atas nama PH dan akan membantu setiap calon yang bertanding atas tiket PH tanpa mengira daripada mana-mana parti- AMANAH, DAP, PKR atau Bersatu.

"Jentera pilihan raya akan bergerak bersama dan setiap calon yang menjadi calon adalah atas nama PH, bukan parti asal mereka dan daripada mana parti pun mereka wajib dibantu untuk mengalahkan calon BN," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentara pilihan raya PH agar bersiap sedia dengan segala tipu daya BN kerana BN di Johor berada dalam keadaan lemah dan cuba mencari jalan untuk terus berkuasa di negeri itu.

"Umno dan BN di Johor berada dalam keadaan lemah dan difensif oleh itu mereka sentiasa mencari jalan menggunakan tipu daya dengan segala kuasa yang ada.

"Jentera pilihan raya PH perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan segala ilmu teknikal pilihan raya termasuk berkaitan pendaftaran pemilih," katanya.

Turut hadir dalam konvensyen itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.




Demikianlah Artikel PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi

Sekianlah artikel PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH lawan BN PRU14, parti lain rai demokrasi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/ph-lawan-bn-pru14-parti-lain-rai.html

Subscribe to receive free email updates: