Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim

Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim
link : Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim

Baca juga


Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu tindakan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang mahu memfailkan pembelaan berhubung kes saman fitnah membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. akan menemui kegagalan.
 
Ini kerana jelas beliau, tempoh yang diberikan kepada Clare sebelum ini telah tamat dan beliau sehingga kini gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.
 
Malah Tuan Ibrahim juga yakin, peluang Hadi untuk menang adalah cerah dalam usaha membersihkan namanya terhadap tuduhan fitnah dilemparkan Brown menerusi artikelnya dalam Sarawak Report. 
 
"Dia gagal menunjukkan bukti tuduhan-tuduhan dia tu. Maka hakim minta supaya dia kemukakan bukti tuduhan. Hakim beri tempoh dua minggu untuk dia buat tetapi dia tidak serah. Kemudian dia tukar peguam lain, dan minta tangguh kepada mahkamah. Namun mahkamah tidak beri tempoh tangguh.
 
"Saya tengok ia sangat memihak kepada Presiden sebab dia disaman Presiden. Hingga setakat ini sebab dia gagal kemukakan pembuktian pertuduhan tersebut. Hingga berlaku dua tiga kes yang pertama sekali dia minta rayuan kemudian hakim tidak benar (kan). Kemudian dia buat pertukaran peguam dia setelah dia kena 'charge' oleh mahkamah peringkat pertama itu (peringkat pengurusan kes)," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Brown, dalam kenyataan terbarunya kepada sebuah portal memberitahu pihaknya bakal menfailkan pembelaannya tidak lama lagi berhubung saman yang membabitkan Hadi itu.
 
Terdahulu, prosiding pengurusan kes itu pada 2 Ogos lalu dilaporkan menolak permohonan Brown untuk meminta Hadi mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan bagi memenuhi anggaran kos sebelum samannya bermula. Mahkamah turut mengarahkan Brown memfailkan pembelaannya sebelum 30 Ogos.
 
Bagaimanapun, Brown diberi masa yang lebih selepas melantik peguam baharu.
 
Mahkamah juga telah menerima tawaran Hadi untuk meletakkan wang pendahuluan sebanyak RM80,000 sebagai deposit keselamatan.
 
Saman itu secara rasminya difailkan di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lepas berhubung satu artikel ditulis Brown pada Ogos 2016. 
 
Saman berkenaan susulan laporan terbitan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016, yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak "memikat" kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
 
Sementara itu, mengulas berkenaan bekas anggota parti itu di Kelantan yang menyertai Umno, Tuan Ibrahim sambil mengesahkan perkara itu, walaubagaimanapun berkata ia hanya membabitkan segelintir individu sahaja.
 
"Saya dah periksa. Tidak ada pun 50 orang. Adalah beberapa orang yang dia memang ahli PAS sebelum ini kemudian dia keluar dari PAS. Kalau dia kata PAS bercelaru, kalau dia join Umno lagi teruk. Masalah ini bukan PAS, dia pada peribadi dia.
 
"PAS tidak benar ubah dasar perjuangan dan kerana itu kalau dia keluar dari PAS masuk Umno makna masalah itu diri dia bukan pada parti," tambahnya. 
 
Petang semalam, seramai lima puluh bekas ahli PAS dari DUN Tendong, Pasir Mas Kelantan bertindak menyertai Umno atas alasan parti berteras Islam itu kian bercelari dan tersasar daripada landasan perjuangan terutama selepas pemergian bekas Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
 


Demikianlah Artikel Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim

Sekianlah artikel Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Clare akan gagal kemuka pembelaan, kata Tuan Ibrahim dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/clare-akan-gagal-kemuka-pembelaan-kata.html

Subscribe to receive free email updates: