PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM

PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM
link : PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM

Baca juga


PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUCHONG: Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tentang siapa yang mengambil langkah pertama itu bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan.
 
"Tidak perlu bertanya siapakah patut mulakan. Yang paling penting, jika kedua-dua pihak bersetuju (untuk berbincang), itu adalah perkembangan positif," kata menteri besar Selangor kepada pemberita di Bandar Kinrara, Puchong, hari ini.
 
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, berkata demikian apabila ditanya sama ada Parti Sosialis Malaysia (PSM) sepatutnya menemui PH untuk perbincangan mengenai rundingan kerusi, atau sebaliknya dalam memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
 
Anggota jawatankuasa pusat PSM S Arutchelvan semalam mendakwa bahawa PH, sejak pembentukannya, belum lagi mendekati partinya untuk sebarang rundingan menjelang PRU14.
 
Arutchelvan berkata demikian dalam sidang media di mana beliau diumumkan sebagai calon PSM untuk kerusi Parlimen Hulu Langat, bersama dengan pendatang baru Nik Aziz Afiq sebagai calon kerusi DUN Semenyih.
 
Pada masa yang sama, PSM dalam kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa ia "bersedia untuk pakatan atau kerjasama pilihan raya di kawasan di mana parti itu bertanding bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru."
 
Azmin, yang mengakui hak PSM untuk meletakkan calonnya, juga mengulangi kesediaan PH untuk berbincang dengan mana-mana parti yang berkongsi aspirasi untuk perubahan.
 
 


Demikianlah Artikel PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM

Sekianlah artikel PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH terbuka bincang agihan kerusi dengan PSM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/ph-terbuka-bincang-agihan-kerusi-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: