APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?

APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?
link : APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?

Baca juga


APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?

Selepas kalah pilihanraya yang berpunca daripada Najib Razak dan skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, tanda-tanda malapetaka kedua bakal menimpa UMNO ternampak semakin terang lagi nyata sebaik saja Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden UMNO yang baru.

Hanya beberapa jam setelah memenangi jawatan tersebut, beliau dilaporkan akan dipanggil oleh SPRM untuk dirakam keterangannya pada esok (Isnin) berhubung dakwaan salah guna wang sebuah yayasan yang dipengerusikannya.

Difahamkan Zahid Hamidi disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi dan membayar kad kredit beliau serta isterinya yang berjumlah kira-kira RM800 ribu.

Kenapa wang yayasan yang tujuan asasnya untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya digunakan untuk membayar kad kredit sendiri dan isterinya?

Apakah Zahid Hamidi tidak cukup wang sendiri untuk membayar perbelanjaan peribadi?

Daripada manakah pula datangnya sumber wang yayasan tersebut?

Apakah benar ia sumbangan rakan-rakannya yang mahu beramal jariah atau hasil komisyen projek-projek kerajaan yang diberikannya kepada kawan-kawannya?


Jika sebahagian wang dalam yayasan itu merupan duit komisyen, tidak rasa bersalahkan ia digunakan untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya?


Selain berkaitan salah guna wang yayasan itu, Zahid Hamidi juga dilaporkan dipanggil oleh SPRM untuk direkodkan keterangannya berhubung dakwaannya sebelum ini pernah berjumpa wakil keluarga penderma yang memasukkan RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib.

Berdasarkan kedua-dua kes beliau dipanggil mengadap SPRM esok, secara umumnya ramai yang merasakan bahawa Zahid Hamidi mungkin terheret ke fasa tahanan reman dan seterusnya pendakwaan di mahkamah.

Ini kerana kes berkaitan yayasan itu itu dilihat jelas suatu perbuatan pecah amanah, manakala pertemuan dengan wakil keluarga Diraja Arab Saudi itu pula terang-terang suatu pembohongan atau bersubahat melindungi salah laku Najib.

Siapakah wakil keluarga diraja Arab Saudi yang dikatakan ditemui Zahid Hamidi itu sedangkan wang yang dikatakan derma yang diterima Najib, mengikut penyiasat antarabangsa dan didedahkan DOJ sebelum ini, ia adalah bersumberkan 1MDB yang dilencongkan dan dimasukkan oleh Jho Low?

Dalam hal ini, apa jadi jika selepas memberi keterangan esok, Zahid Hamdi akan ditahan reman dan tidak lama kemudian akan didakwa di mahkamah?

Apa pun, dengan kehadirannya ke pejabat SPRM esok, Zahid Hamidi sudah mencatat sejarah sebagai Presiden UMNO  pertama yang disiasat dan diambil keterangan oleh agensi pencegah rasuah negara.

Najib yang diselubungi pelbagai skandal pun tiada rekod sedemikian kerana kehadirannya ke pejabat SPRM baru-baru ini adalah setelah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Apakah seterusnya akan berlaku buat pertama kali juga dalam sejarah negara seorang Presiden UMNO ditahan reman dan didakwa di mahkamah?

Atau untuk menjaga nama baik parti, Zahid Hamidi akhirnya akan meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dengan segera?

Jika itu yang bakal terjadi, tidakkah beliau akan menjadi Presiden UMNO yang paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah parti itu?

Dengan malapetaka bertimpa-timpa melanda UMNO, relevankah lagikah parti itu sebagai payung untuk melindungi orang-orang Melayu?

Hmmmm....malang sungguh nasibmu UMNO - daripada Najib beralih ke Zahid Hamidi, malapetaka yang datang bagaikan diberikan kad undangan!! (ShahbudinHusin 01/07/2018)

Shahbudin Husin at 17:11


Demikianlah Artikel APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?

Sekianlah artikel APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/apakah-zahid-hamidi-akan-jadi-presiden.html

Subscribe to receive free email updates: