Najib Razak ditangkap

Najib Razak ditangkap - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Razak ditangkap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Razak ditangkap
link : Najib Razak ditangkap

Baca juga


Najib Razak ditangkap

Oleh Kamles Kumar

Kenderaan dipercayai membawa bekas perdana menteri Najib Razak
dilihat meninggalkan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta.
BEKAS perdana menteri Najib Razak ditangkap hari ini selepas lebih lima minggu siasatan terhadap beliau dan isterinya digiatkan melalui Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Beliau ditahan di kediaman mereka di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang ini oleh sepasukan anggota polis, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Penahanan itu dibuat selepas beberapa saksi penting termasuk isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza Aziz dan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi disiasat.

Najib dan Rosmah juga hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Sejumlah harta dalam bentuk wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM1.1 bilion dirampas dari beberapa kediaman dikaitkan dengan ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau dan isterinya juga disekat daripada meninggalkan negara sejak kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pentadbiran negara. – 3 Julai, 2018 ~ themalaysianinsight


Demikianlah Artikel Najib Razak ditangkap

Sekianlah artikel Najib Razak ditangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Razak ditangkap dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/najib-razak-ditangkap.html

Subscribe to receive free email updates: