Judul : TANGKAPAN TERHADAP BEKAS PM - TIDAK PERLU KALUT
link : TANGKAPAN TERHADAP BEKAS PM - TIDAK PERLU KALUT
TANGKAPAN TERHADAP BEKAS PM - TIDAK PERLU KALUT
1.Hari ini kita mendapat berita ada tangkapan dibuat terhadap bekas PM.Ia tentunya satu berita besar bagi Malaysia kerana belum pernah bekas PM ditangkap.
2.Namun merata dunia lain tangkapan terhadap orang No1 adalah perkara yang pernah berlaku.
3.Justeru kita tidak perlu terlalu kalut dengan tangkapan seperti ini.Hisbah melihat sudah timbul gesaan untuk diperlakukan sebaik2nya terhadap beliau.
4.Tidak perlu gesaan seperti itu.Pihak berkuasa kita seharusnya diingatkan untuk melayan Najib sebagai suspek biasa dalam kes jenayah.Jangan sekali kali ada keistimewaan diberikan.Semua suspek mesti dilayan serupa.
5.Kalau kita mahu jadi bangsa yang maju dan berjaya kita jangan dibuai emosi.Keadilan mengatasi segala2nya.
6.Lihatlah kes terbaru membabit bekas Presiden Korea Selatan.Seorang wanita.Beliau dilayan serupa dengan penjenayah lain.Malah dijatuhkan hukuman berbelas tahun.Emosi dan drama tidak ada dalam proses keadilan terhadapnya.Justeru Korea sebuah negara maju dan sukses.
7.Belajarlah dari negara spt Korea.Jangan hanya kagum dengan pasukan bola mereka yg boleh mengalahkan juara dunia.Belajarlah mengapa mereka boleh menjadi kuat dan berjaya bukan hanya sebagai satu pasukan bola sahaja tetapi sebuah negara yang berjaya.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
3Julai 2018/19 Syawal 1439H
Demikianlah Artikel TANGKAPAN TERHADAP BEKAS PM - TIDAK PERLU KALUT
Sekianlah artikel TANGKAPAN TERHADAP BEKAS PM - TIDAK PERLU KALUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TANGKAPAN TERHADAP BEKAS PM - TIDAK PERLU KALUT dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/tangkapan-terhadap-bekas-pm-tidak-perlu.html