Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac

Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac
link : Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac

Baca juga


Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac


Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu yang menghadapi lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu, akan bermula pada 15 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat berkata mahkamah menetapkan 15 sehingga 17 Mac untuk perbicaraan kes dihadapi Mohd Azhar Che Mat Dali, selain menetapkan 12 Mac untuk sebutan kes itu.

“Pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 37 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes,” katanya kepada pemberita selepas prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob, hari ini.

Sementara itu, peguam Ariff Azami Hussein, yang mewakili Azhar berkata pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Bagi satu pertuduhan meminta suapan, Azhar, 50, didakwa meminta RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd Elias Jemadi Tajudin, sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih menjadi Rakan Strategik dan Kontraktor Senggaraan Bagi Peralatan Perisikan Kementerian Pertahanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kampung Baru, di Kuala Lumpur pada 22 Julai 2019.

Bagi empat pertuduhan menerima, Azhar didakwa menerima suapan berjumlah RM1.35 juta daripada Elias melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya di parkir kediaman rasmi menteri pertahanan di Kuala Lumpur, antara September 2019 dan Februari 2020.

Semua pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan lapor MalaysiaNow



Demikianlah Artikel Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac

Sekianlah artikel Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bicara Kes Rasuah RM6.35 Juta Bekas SU Politik Mat Sabu 15 Mac dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/bicara-kes-rasuah-rm635-juta-bekas-su.html

Subscribe to receive free email updates: