Ini Kes Polis Tangkap Polis..

Ini Kes Polis Tangkap Polis.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Kes Polis Tangkap Polis.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Kes Polis Tangkap Polis..
link : Ini Kes Polis Tangkap Polis..

Baca juga


Ini Kes Polis Tangkap Polis..


Lebih kurang Polis baik tangkap Polis jahat lah ni..Di Pulau Pinang Utusan Malaysia melaporkan Asisten Superintenden (ASP) bersama seorang lagi anggota polis berpangkat Lans Koperal direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah bulanan.

Di Perak pula Free Malaysia Today melaporkan Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis antara 14 yang ditahan ketika berpesta dan berhibur dalam ‘parti liar dadah’ di sebuah pangsapuri di bandar ini pagi tadi.

Ini di Pulau Pinang..

GEORGETOWN: Pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) berusia 43 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah bulanan untuk membocorkan maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Turut direman selama dua hari ialah seorang lagi anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 40 tahun dan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berusia 36 tahun.

Sementara itu, ahli perniagaan berusia 29 tahun pula direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes sama.

Perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muhammad Azam Md. Eusoff di sini pagi ini.

Terdahulu, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diiringi pegawai SPRM.

Difahamkan, keseluruhan nilai rasuah melibatkan kesemua suspek itu berjumlah RM500,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE


Ini pula di Ipoh..

IPOH: Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis antara 14 yang ditahan ketika berpesta dan berhibur dalam ‘parti liar dadah’ di sebuah pangsapuri di bandar ini pagi tadi.

Semua mereka ditahan dalam serbuan 1.30 pagi oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai kanan berusia 30-an dan lima anggota pelbagai pangkat berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu bertugas di kontinjen Perak.

“Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati hanya pegawai terbabit dan empat angggota positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan lima wanita tempatan dan tiga wanita Indonesia masing-masing berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Semua wanita tempatan dan dua wanita Indonesia yang ditahan itu didapati positif dadah,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, ketika ini polis sedang menyiasat sama ada premis digunakan mereka untuk berpesta disewa atau dimiliki individu yang ditahan.

Katanya, polis akan memohon perintah reman hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Laporan penuh sila baca di SINI

Hmmm...


Demikianlah Artikel Ini Kes Polis Tangkap Polis..

Sekianlah artikel Ini Kes Polis Tangkap Polis.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Kes Polis Tangkap Polis.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/ini-kes-polis-tangkap-polis.html

Subscribe to receive free email updates: