Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah!

Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah!
link : Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah!

Baca juga


Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah!


Dalam temu bual khas bersama Astro Awani kelmarin, Najib menyatakan bahawa tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai musuh politik, seperti DAP dan PKR...

Dan memberitahu parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan, namun ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.

Berikut disertakan soalan asal Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop dan jawapan penuh Datuk Seri Najib Tun Razak

[Astro AWANI] Baru-baru ini, Datuk Seri juga dilihat lebih terbuka dengan menyarankan BN supaya melihat di luar kerangka konvensional dengan menyatakan sokongan terhadap parti yang selama ini memusuhi UMNO. Boleh Datuk Seri jelaskan rasional di sebalik idea berkenaan?

[Najib Razak] Kalau lihat pada PH pun siapa boleh fikirkan Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim boleh bersama-sama dalam satu pakatan politik nak jatuhkan Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku. Dr Mahathir dengan DAP umpamanya, boleh duduk semeja, boleh lantik DAP jawatan-jawatan yang penting. Itu semua kita tak terfikir, tetapi berlaku. Dalam konteks hari ini, saya katakan kita lihat pada semua option dengan satu syarat – mesti diterima pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Apa pun kita nak buat, mereka boleh... mesti diterima oleh akar umbi terutama sekali akar umbi, bahagian-bahagian mesti terima apa kita nak lakukan.

[Astro AWANI] Datuk Seri terbuka kerjasama dengan musuh itu, mungkin kerana itu dinamik pada politik hari ini. Adakah itu juga akan digerakan pada masa-masa akan datang Datuk Seri?

[Najib Razak] Apa nama orang putih kata ‘politics is the art of possible’. Saya tak nampak apa-apa sebab kita tak boleh ada sikap keterbukaan kita untuk kerjasama, dengan syarat ahli-ahli dan pemimpin UMNO mesti boleh terima, dan mereka ikhlas, ada trust dalam kerjasama. Tapi kalau kita nak buat satu pakatan politik baharu, tetapi tidak berdasar pada kebolehpercayaan atau trust, ia akan runtuh, lambat-laun akan runtuh. Ia berlaku pada PH sebab asas trust itu tak ada.

[Astro AWANI] Tapi boleh diyakinkan ahli-ahli dan juga penyokong?

[Najib Razak] Itu mesti… itu semestinya kita lakukan. Bukan kehendak pemimpin. Kalau pemimpin nak pun, kalau ahli tak boleh terima, tak boleh dilaksanakan. Jadi itu yang saya nak kata, apa kita nak fikir pun tak apa, akhirnya kita kena rujuk pada ahli-ahli UMNO.

Bagaimanapun dalam catatan Facebook Najib menjelaskan, apa langkah untuk bekerjasama dan siapa yang mahu berpakat, perlu dipersetujui dan diterima majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan wajar dikaji demi masa depan parti dan juga demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Perpecahan dalam UMNO semakin nyata apabila ada pihak tertentu yang mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini terbukti dengan kenyataan terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai musuh politik, seperti DAP dan PKR.

Jelas beliau, walaupun Ahli Parlimen Pekan itu menafikan ‘kerjasama dengan musuh itu’ bukan kerjasama dengan Anwar dan DAP, maka beliau boleh memberi fokus dan meningkatkan kerjasama dengan rakan dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

“Perpecahan dalam UMNO ini semakin nyata apabila ada pihak tertentu telah memberi sokongan kepada Anwar dan berulang kali mahu membuat jajaran politik baharu dengan merosakkan agenda penyatuan ummah.

“Usaha individu-individu yang mahukan jajaran politik baharu inilah punca perpecahan dalam UMNO dan yang membuatkan agenda penyatuan ummah tergendala dan tidak lancar,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd. Alfie Zainal Abidin berkata, parti boleh membuat usul tergempar mempertahankan dasar ‘No DAP, No Anwar’ pada perhimpunan agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi dan di situ suara sebenar UMNO.

Namun beliau yakin Najib tahu proses parti dan mungkin sedang cuba untuk mempengaruhi ahli UMNO mengubah ketetapan Majlis Tertinggi (MT).

“Buat masa ini ketetapan parti ialah ‘No DAP, No Anwar’. Namun perkara ini boleh diubah dengan persetujuan MT.

“Saya yakin majoriti MT akan menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Anwar. Apa yang Najib cadangkan itu ialah pendapat peribadi dia. Saya juga yakin UMNO akan mengutamakan kesatuan kerajaan Melayu Islam dan akan cuba sedaya upaya mempertahankannya selagi parti tidak dibuli oleh rakan parti yang lain,” katanya ~ Utusan

Jika Najib bekerjasama dengan Anwar dan DAP... UMNO akan pecah kata Tun Faizal, asasnya kerana perpecahan akan berlaku kerana ada individu di dalam UMNO yang kekal dengan prinsip mereka.. iaitu 'No Anwar, No DAP'.

Tapi bagaimana pula dengan KEADILAN.. ?.. adakah ahli-ahlinya rela untuk bekerjasama dengan pihak yang selama ini dimusuhi mereka?.. tambah-tambah lagi dengan Najib yang dilabel sebagai kleptokrat itu..

Atau.. Demi kuasa.. matlamat menghalalkan cara.. prinsip kita letak dalam tong sampah sekejap..


Demikianlah Artikel Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah!

Sekianlah artikel Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. UMNO Pecah! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/najib-jalin-kerjasama-dengan-anwar-dap.html

Subscribe to receive free email updates: