JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii

JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii
link : JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii

Baca juga


JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii


KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Menurut Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, petang semalam.

Ia susulan kegagalan Muhammad Sajjad, 36, menghadiri prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Selasa lalu.

“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad itu dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat kira-kira pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ditanya tentang perkembagan pencarian Muhammad Sajjad, Mohd Shahzihan bagaimanapun berkata, ketika ini pihaknya belum menemui mahupun membuat sebarang tangkapan terhadap Muhammad Sajjad.

“Belum ada sebarang tangkapan setakat ini, pasukan penguatkuasa kita sudah pun digerakkan ke seluruh Selangor bermula hari ini untuk mengesan kedudukan Muhammad Sajjad,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii

Sekianlah artikel JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAIS Kerah 122 Penguatkuasa Cari Sajat?.. Biaq Betoiii dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/jais-kerah-122-penguatkuasa-cari-sajat.html

Subscribe to receive free email updates: