Denda Langgar PKP Kini RM10,000

Denda Langgar PKP Kini RM10,000 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Denda Langgar PKP Kini RM10,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Denda Langgar PKP Kini RM10,000
link : Denda Langgar PKP Kini RM10,000

Baca juga


Denda Langgar PKP Kini RM10,000


Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kini boleh didenda sehingga RM10,000.

Ini berdasarkan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 yang baharu, diterbitkan di laman web Warta Persekutuan, hari ini.

Ordinan berkenaan turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000.

Ordinan itu akan berkuat kuasa mulai 11 Mac.

Ordinan berkenaan turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24, dengan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, “yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata” boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun.

Selain itu, ia turut menyatakan orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit Covid-19 atau kontak rapat untuk memakai alat pengesanan seperti gelang tangan atau peranti lain.

Ordinan itu turut menjadikan kesalahan untuk merosakkan peranti berkenaan.

Selain itu, bagi syarikat yang menyalahi PKP, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.

Sumber: FMT


Demikianlah Artikel Denda Langgar PKP Kini RM10,000

Sekianlah artikel Denda Langgar PKP Kini RM10,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Denda Langgar PKP Kini RM10,000 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/denda-langgar-pkp-kini-rm10000.html

Subscribe to receive free email updates: