Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azminlink :
Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin
Baca juga
Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin
SHAH ALAM: Seorang menteri persekutuan hari ini mempertahankan penangguhan pelaksanaan dasar Undi18, sambil menyatakan bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada 2023.
“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020 atau 2021?” soal Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media, merujuk kepada pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun sebagai pengundi.
Azmin berkata, ada banyak langkah lain yang perlu diambil sebelum undang-undang baharu itu dapat dilaksanakan.
Beliau mengulas kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkata, pendaftaran automatik hanya dapat dilaksanakan selepas September tahun depan.
Kata SPR, sekatan pergerakan menghalang perancangan dan persiapannya.
Azmin berkata, pindaan juga perlu dilakukan di peringkat negeri untuk membolehkan belia berusia 18 tahun bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negeri.
“SPR telah menjelaskan dan kebetulan ada perintah kawalan pergerakan (PKP), mungkin terganggu proses itu,” kata beliau.
Beliau menggesa orang ramai untuk tidak membuat andaian atau memainkan sentimen, sambil menambah, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong hak belia untuk mengundi.
Hari ini, seorang lagi menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin, mengkritik SPR kerana menangguhkan pelaksanaan Undi18.
Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata, alasan bahawa PKP menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.
Semalam, NGO Undi18 dan parti politik MUDA berkata, mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan atas penangguhan itu.
Demikianlah Artikel Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin
Sekianlah artikel Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siapa Janji Nak Laksana Undi18 Tahun Ini? Soal Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/siapa-janji-nak-laksana-undi18-tahun.html