Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu?

Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu?
link : Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu?

Baca juga


Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu?



PETALING JAYA: Pendedahan pe­malsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen dijangka membongkar lebih banyak individu yang terlibat dalam ‘rang­kaian’ penipuan termasuk dalang yang melindungi jenayah ber­kenaan.

Malah persoalan timbul bagaimana kenderaan mewah yang sebahagiannya direka mengikut spesifikasi negara luar boleh dibawa masuk sewenang-wenangnya ke negara ini malah ada sebahagiannya dipercayai menggunakan pelekat khas sebuah kementerian bagi mengaburi aktiviti mereka.

Lebih mengejutkan, sejak 2015 lebih 55,000 PLKS palsu dipercayai telah dicetak oleh sindiket berkenaan membabitkan urusniaga haram antara RM500 juta hingga RM600 juta. Malah tahun lalu sahaja sebanyak 21,338 pas palsu itu telah dikeluarkan.

Kebanyakan mereka yang dikesan memiliki PLKS palsu ini adalah warga Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang ter­libat dalam sektor perkhidmatan, perkilangan serta perladangan.

Sumber daripada SPRM memberitahu, kegiatan jenayah itu telah lama berlaku malah terdapat empat atau lima sindiket lain turut menja­lankan aktiviti sama.

Kata sumber, apa yang pasti, kegiatan yang didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 43 tahun itu dibantu seorang bekas kakitangan Imigresen adalah rangkaian terbesar dalam memanipulasi data sebelum mengeluarkan pas PLKS palsu.

“Datuk yang memegang jawatan sebagai seorang pengarah di sebuah syarikat itu merupakan ejen pekerja asing yang mana mereka akan ‘mendekati’ mana-mana warga asing atau majikan yang mahu mendapatkan PLKS dalam kadar bayaran tertentu.

“Bagi melancarkan pengeluaran PLKS itu, sindiket ini akan menggunakan bantuan ‘orang dalam’ bagi memasuki sistem tersebut seolah-olah pas yang diperoleh mereka adalah tulen dan sah,” katanya di sini semalam.

Dalam sidang akhbar bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud semalam mendedahkan 30 hartanah selain 66 kenderaan mewah.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya percaya terdapat penglibatan kakitangan agensinya yang membantu sindiket itu malah seorang daripada lima suspek yang ditahan SPRM merupakan bekas kakitangan mereka yang telah pun ditamatkan kontraknya.

Kata beliau, bekas kakitangan Imigresen itu menjadi penghubung dalam mendapatkan akses ke sistem tersebut.

“Setakat ini, belum ada kakitangan di jabatan ini yang ditahan dan ia bergantung kepada siasatan SPRM. Sekiranya ada tangkapan dalam kalangan pegawai Imigresen, tidak ada kompromi dari jabatan, kerjasama sepenuhnya untuk mencari pegawai-pegawai ini berada akan diberikan kepada SPRM.

“Selain itu, kita juga akan mengesan kesemua pemilik-PLKS yang tidak sah tersebut menerusi operasi-operasi yang sedang giat dijalankan. Mana-mana warga asing yang didapati menggunakan PLKS palsu ini kita akan senarai hitam serta-merta,” jelasnya.

Dalam perkembangan bera­singan, Khairul Dzaimee memaklumkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, kerajaan telah meluluskan pembinaan sistem baharu yang akan menggantikan sistem MyIMMs.

“Sistem baharu yang dikenali sebagai Sistem Bersepadu Imigresen Nasional (NIIse) ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan data dan pengurusan analisis data raya Imigresen supaya sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, cekap dan terkawal,” katanya.

Sementara itu, Azam menjelaskan, kesemua lima individu yang ditahan berusia antara 33 hingga 43 tahun itu kini direman selama enam hari.

Jelas beliau, kesemua mereka siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Sumber: Utusan Malaysia


Demikianlah Artikel Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu?

Sekianlah artikel Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Empat Atau Lima Sindiket Lain Turut Keluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara Palsu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/ada-empat-atau-lima-sindiket-lain-turut.html

Subscribe to receive free email updates: