Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid

Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid
link : Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid

Baca juga


Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid



Meluahkan rasa terkejutnya ketika mendengar perbualan antara presiden PKR dan Umno, bekas menteri Mohamed Nazri Aziz berkata sudah tiba masanya Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, mengatakan beliau sering mengheret parti dalam masalahnya.

Nazri berkata beliau setuju supaya rakaman audio selama empat minit itu disiasat, namun menafikan rakaman itu adalah serangan terhadap Umno.

“Saya terkejutlah kalau itu betul memanglah saya terkejut, kerana nampak sangat dia memperlekehkan perhimpunan agung Umno dan juga Majlis Tertinggi (MT).

“Walau apa pun tunggu saya minta supaya ia disiasat sedalam-dalamnya. Dan ini tidak seperti kenyataan Zahid konon ia sebagai usaha untuk merosakkan Umno. Saya tegaskan ia tidak ada kaitan dengan parti.”

Semalam, MalaysiaNow mendedahkan sebuah rakaman audio berdurasi empat minit dua pemimpin parti politik itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam rakaman itu, Zahid juga turut mengungkapkan terima kasih kerana Anwar memberikan sokongan moral kepadanya.

MalaysiaNow yang menerima rakaman tersebut melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.

Kedua-dua pemimpin parti itu juga turut menafikan perbualan tersebut, dan menghantar pegawai masing-masing untuk melaporkan perkara berkenaan kepada polis.

Nazri juga berkata sudah tiba masanya Zahid meletak jawatan.

Menurutnya, Zahid tidak layak untuk menjadi calon perdana menteri Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang kerana berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah

Ahli Parlimen Padang Rengas itu yang sebelum ini lantang menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin berkata, Zahid tidak lagi sesuai berada di kedudukan itu sehingga bebas daripada semua pertuduhan.

“Jadi saya minta dia terus undurkan diri sebab kita nak hadapi pilihan raya kalau dia masih lagi mengetuai kita secara tak langsung kita menonjolkan dia sebagai calon perdana menteri,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Tak boleh la orang ada kes mana boleh dicalonkan sebagai perdana menteri. Sebab banyak sangat salah dia buat, banyak sangat isu.”

Zahid berdepan lebih 40 pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan Zahid bakal berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak turut berdepan dengan pelbagai pertuduhan melibatkan skandal rasuah 1MDB. Setakat ini, beliau sudah disabitkan bersalah bagi tujuh pertuduhan dan masih dalam proses rayuan di mahkamah.

Nazri menegaskan mereka yang menghadapi pertuduhan tidak boleh dicalonkan sebagai perdana menteri.

“Dia memang sudah tidak ada integriti, bila dia kena dakwa dia kata kerana orang nak burukkan Umno sedangkan ini hukuman dia. Eh mana boleh cakap begitu. Kenapa asyik nak salahkan parti?

“Sebab itu pada saya dia kena lepaskan jawatan dia sebab setiap kali dikaitkan dengan dia, kaitkan pula dengan parti.”

Nazri turut menyokong gesaan beberapa pemimpin Umno lain seperti Annuar Musa, Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican Naina Merican agar pemilihan parti diadakan pada Jun selepas cukup tempoh tiga tahun seperti yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Nazri juga menolak sebarang usaha menangguhkan pemilihan parti kerana berpendapat ia adalah masa terbaik untuk mengembalikan martabat Umno yang hilang sebelum ini.

“Kita tak setuju (jika Zahid hendak tangguhkan) dia kena buat pemilihan dia tidak ada sebab mengapa kita kena tunggu pilihan raya, sebab kalau dia masih ada kita lagi teruk.

“Jadi kalau betul kata nak ikut demokrasi jangan tunda biar perwakilan buat keputusan siapa yang kita hendak dalam bulan Jun ini. Itu baru betul demokrasi tak boleh tunda-tunda lagi.”


Demikianlah Artikel Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid

Sekianlah artikel Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Heret UMNO Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/jangan-heret-umno-dalam-masaalah.html

Subscribe to receive free email updates: