UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini?

UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini?
link : UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini?

Baca juga


UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini?



KUALA LUMPUR: UMNO memuktamadkan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga darurat berakhir pada Ogos ini.

Meskipun perkara itu tidak di­bincang dalam mesyuarat Majlis Terting­gi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini semalam namun Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberitahu Utusan Malaysia, ia memperakui keputusan yang ditetapkan sewaktu Perhimpunan Agung 2020, 28 Mac lalu.


Perakuan itu bermakna ia menjadi polisi rasmi parti terbesar orang Melayu tersebut yang sewajarnya dipatuhi oleh 3.3 juta ahlinya di semua Badan Perhubungan UMNO negeri serta 191 bahagian. UMNO turut mempunyai 21,883 cawangan.

Mesyuarat yang dipe­nge­rusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu turut akan mendapatkan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung perjalanan pemilihan parti pada tahun ini.


Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Pengarah MKN dan ROS bagi meminta nasihat dan garis panduan untuk UMNO mengadakan pemilihan parti selaras peraturan dan perlembagaan parti serta SOP Covid-19.

“Ini bagi memastikan proses pemilihan parti yang bakal me­libatkan mesyuarat perwakilan UMNO cawangan-cawangan termasuk sayap-sayap wanita, Pemuda, dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191 bahagian dengan melibatkan 3.3 juta ahli dapat dijalankan dengan berkesan dan lancar. Ia mengambil kira jumlah jangkitan Co­vid-19 yang meningkat,” katanya.

Sementara itu, Tajuddin berkata, bagaimanapun tarikh mesyuarat cawangan telah ditetapkan pada Jun ini tanpa pemilihan.

“Tidak ada isu panas pun, semuanya berjalan dengan baik. Cuma Mesyuarat Cawa­ngan sahaja akan diadakan pada Jun bagi memenuhi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Kalau nak adakan pemilihan, ia akan melibatkan ribuan perwakilan, jadi banyak kesulitan dalam keadaan sekarang ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelas Tajuddin lagi, UMNO sehingga semalam belum me­netapkan keputusan bila pemilihan akan diadakan.

Pada Perhimpunan Agung UMNO Mac lalu, seluruh perwakilan sebulat suara memberikan mandat kepada MT untuk menentukan tempoh kepada UMNO menarik sokongan kepada PN.

Perkara itu diputuskan selepas Ahmad Zahid meminta kata putus semua perwakilan agar MT diberikan mandat tersebut.

Parti itu memberi tempoh hingga Ogos ini untuk PN membubarkan Parlimen dan sekiranya semua Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan kepada gabungan tersebut.

Berhubung isu sebaran audio perbualan mirip, Ahmad Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tajuddin berkata, isu tersebut turut tidak dibangkitkan.

“Tak ada. Tidak dibangkit. Mungkin atas semangat Ramadan?

“Semua memberi sokongan padu kepada Presiden. Pre­siden ingin melihat semua MT bersatu dalam tumpuan kepada masalah yang dihadapi rakyat kini. Itu sahaja,” ujarnya.

Kelmarin, ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, MT perlu mendapatkan penjelasan daripada Zahid sendiri berhubung sebaran audio tersebut.

Malah, beliau yakin semua MT yang hadir dalam mesyuarat semalam ‘anak jantan’ dan tidak gentar mempersoal perkara itu kepada Zahid sendiri.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin turut mengingatkan Shahidan supaya tidak lagi membuat kecoh untuk membuka keaiban mana-mana pihak yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada dirinya.


“Apa keaibannya? Sudah, tak payah lagi buat kecoh. Orang dah tahu siapa dia, nampak langsung tidak hormati Presiden, nak tonjolkan diri sebagai jaguh.

“Tak pergi ke mana pun. Nak adakan kerjasama de­ngan Anwar ini langsung tak berbangkit. Tak ada bincang langsung, apa yang nak di­timbulkan… Benda itu tak ada.

“Bukan setakat itu sahaja, dia mencabar Presiden, keputusan Perhimpunan Agung UMNO, cabar kepemimpinan Presiden, dia tak sedar. Ke­sian dia, kalau terus bersikap begitu, rugi diri dia sendiri,” katanya.


Shahidan semalam telah digugurkan jawatannya daripada Pengerusi Perhubungan Negeri Perlis dan digantikan dengan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam bermula 4.30 petang berakhir dengan tenang dan tiada isu panas se­perti yang didakwa.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak dapat hadir, difahamkan baru dibenarkan keluar dari hospital atas faktor kesihatan. – UTUSAN


Hmm.. nampak macam sembang saja ni.. yang tak ada jawatan dalam Kerajaan tu pasti mahu kerjasama ditamatkan.. tapi yang ada jawatan dalam Kerajaan tu.. mana mungkin hendak lepaskan jawatan begitu saja..

Ada ke Ahli Politik yang sanggup lepaskan jawatan kerana Parti.. yang sanggup lepaskan parti kerana jawatan itu banyak..

Lagipun dah jadi matlamat mereka sejak dari mula sertai politik lagi untuk mendapatkan jawatan.. ingat depa tu nak berjuang sangat untuk rakyat ka?..

Dekat nak Pilihanraya baru depa sibuk nak berjuang untuk rakyat.. untuk rakyat kononnya laa..

Demi Rakyat atau apa saja slogan itu hanyalah retorik untuk menarik minat pengundi saja..




Demikianlah Artikel UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini?

Sekianlah artikel UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Akhiri Kerjasama Dengan PN Ogos Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/umno-akhiri-kerjasama-dengan-pn-ogos-ini.html

Subscribe to receive free email updates: