Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi?

Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi?
link : Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi?

Baca juga


Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi?

 

Kenapa?.. 

Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dan juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nuradli Ridz­wan Shah Mohd. Dali membangkitkan persoalan yang sama..

Ini pendapat dari Prof. Madya Dr. Nuradli Ridz­wan Shah Mohd. Dali dipetik dari Utusan


Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tidak sepatutnya digunakan sesuka hati meskipun bagi tujuan memperoleh vaksin dan membiayai perbelanjaan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nuradli Ridz­wan Shah Mohd. Dali menyifatkan, tindakan kerajaan itu sudah tentu menimbulkan tanda tanya kerana ia tidak pernah digunakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.

“Kalau nak kata kerajaan tidak ada duit, boleh jadi sebab mungkin ada perbelanjaan yang perlu ditampung. Bajet untuk vaksin sudah ada, tapi kita tidak tahu kos sebenar operasi yang ditanggung kerajaan ketika ini.

“Kalau betul tidak ada duit, kerajaan kena buat pinjaman dan ada banyak pilihan. Tapi tak boleh pinjam pihak lain ke sampai kena pinjam KWAN? Ini duit negara, tapi kita nak tahu juga ia untuk kegunaan apa. Mungkin perkara ini patut di­bincangkan di Parlimen, kerana setakat ini belum ada justifikasi terhadap tindakan tersebut,” katanya.


Beliau mengulas tindakan mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) bagi membolehkan kerajaan menggunakan dana untuk memperoleh vaksin dan per­belanjaan program imunisasi.

Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM3 bilion untuk perolehan vaksin, sebelum ditambah lagi RM2 bilion melalui pakej Pemerkasa bulan lalu.

Bagaimanapun, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School (PBS) berkata, kerajaan kemungkinan berhasrat mempercepat proses penvaksinan kerana berdasarkan kadar pembeliannya ketika ini, ia menjadi lebih giat pada Jun ini.

“Walaupun sudah menerima peruntukan dari Belanjawan 2021 dan Pemerkasa, kerajaan mungkin mahu cepatkan pro­ses penvaksinan lebih awal lagi. Jangkaan 80 peratus po­pulasi divaksin sekarang ini sekitar Oktober dan November.

“Mungkin dengan pembe­lian lebih banyak vaksin, matlamat 80 peratus divaksin tercapai lebih awal,” katanya di sini semalam.


Pada masa sama, Razman juga berpandangan kerajaan mahu bersiap sedia dengan gelombang keempat penularan wabak Covid-19.

Namun, Razman menyifatkan pengeluaran wang tersebut tidak menjejaskan KWAN pada masa akan datang.

Dan berikut pula pandangan dari Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid yang dilaporkan oleh AstroAwani

Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid, dana berkenaan untuk digunakan generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

“Ini duit generasi akan datang, mengapa wang milik mereka diambil dengan begitu mudah sekali? Ini amat tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jelas Muhammed, sekiranya matlamat kerajaan adalah untuk membeli vaksin, terdapat banyak lagi sumber lain yang boleh digunakan.

Beliau mengambil contoh seperti mengenakan cukai kepada syarikat yang membuat keuntungan besar atau 'durian runtuh' ketika pandemik.

“Tetapi mengambil hak kanak-kanak dan generasi akan datang bukan jawapannya.

"Kerajaan boleh dengan mudah mengenakan cukai 'durian runtuh' ke atas syarikat sarung tangan.

“Malah pada hari yang sama ordinan ini dilaksanakan, kerajaan telah meminjam AS$1.3 bilion daripada pasaran kewangan. Kenapa perlu sentuh dana KWAN?

“Persoalannya, mengapa kerajaan menggunakan wang KWAN yang berjumlah lebih kurang RM18 bilion untuk membeli vaksin apabila peruntukan hampir RM5 bilion telah diumumkan untuk tujuan yang sama,” katanya.

 

Jadi.. persoalannya ialah Kenapa guna dana KWAN untuk program imunisasi?  




Demikianlah Artikel Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi?

Sekianlah artikel Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/kenapa-guna-dana-kwan-untuk-program.html

Subscribe to receive free email updates: