10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro..

10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro..
link : 10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro..

Baca juga


10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro..

ISU doktor kontrak bukan masalah besar waktu Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kerana ramai diberi jawatan tetap. div>

Perdana Menteri dua kali itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata perkara itu juga tidak menjadi masalah semasa zaman Najib Razak.


“Waktu saya jadi perdana menteri, doktor kontrak tak ada masalah, tak ada rungutan. Malah zaman Najib pun.

“Sekarang teruk sebab ramai daripada mereka tidak diberi jawatan tetap walaupun sudah berkhidmat banyak tahun. Sebelum ini, mereka boleh dapat jawatan tetap,” kata pengasas Pejuang itu.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin yang bertindak sebagai hos sidang media dalam talian itu menjelaskan pada 2019 di bawah kerajaan Pakatan Harapan, lebih 10,000 doktor kontrak diberi jawatan tetap.

Bagaimanapun, dilaporkan sejak sistem doktor kontrak diperkenalkan pada 2016, hanya 789 daripada lebih 23,000 doktor kontrak telah diberi jawatan tetap.

Mengulas mengenai mogok Hartal Doktor Kontrak hari ini, Dr Mahathir berkata doktor muda perlu diberi hak yang sama dengan rakan kanan mereka.

Tambah pemimpin 96 tahun itu, sangat tidak adil melayan doktor kontrak sebegitu.

“Mereka buat apa yang doktor sebenar buat. Oleh itu, mereka harus dilayan sama rata. Adalah sangat tidak adil bagi mereka untuk diperlakukan sedemikian,” katanya.

Pagi ini, ratusan doktor kontrak melakukan mogok di seluruh negara menuntut kerajaan memberi mereka jawatan tetap.

Mogok itu bermula pada pukul 11 ​​pagi dengan kehadiran polis di beberapa hospital.

Kebanyakan doktor mengenakan pakaian hitam, mereka turut memegang plakat bertuliskan “Kami pakar untuk masa depan” dan “Bakal pakar, tapi masa depan kami tak menentu”.

Mogok di seluruh negara ini terus berjalan walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melanjutkan kontrak mereka sebelum jawatan tetap diberi.

Kumpulan Hartal Doktor Kontrak yang menganjurkan mogok itu menolak “tawaran separuh masak” itu, berkata ia bukan penyelesaian yang mereka mahukan lapor The Malaysian Insight


... Auta sungguh Ketua Penerangan Pejuang tu, mana dia dapat angka 10,000 tu entahlah, sedangkan hanya 23,000 orang sahaja Doktor Kontrak yang ada dan dari 23,000 itu pula hanya 789 yang telah diberi jawatan tetap.. 

Bohong sikit-sikit sudahlah Bro!!


Demikianlah Artikel 10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro..

Sekianlah artikel 10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10,000 Doktor Kontrak Diserap Kejawatan Tetap Semasa PH? Bohong Sikit-sikit Dah La Bro.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/10000-doktor-kontrak-diserap-kejawatan.html

Subscribe to receive free email updates: