Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN

Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN
link : Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN

Baca juga


Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO tidak bersetuju dengan cadangan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini, dengan pertimbangan utamanya adalah pandemik COVID-19.

Sumber parti itu ketika dihubungi, mengakui wujud usaha daripada pemimpin tertinggi UMNO sejak minggu lalu untuk mengumpul sokongan daripada Ahli Parlimennya bagi menarik sokongan kepada PN, sebelum dibawa pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk diputuskan.

Katanya, sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO sudah dipanggil, majoritinya bukan mereka yang berada dalam kerajaan ketika ini, sama ada menteri atau timbalan menteri.

"Sebahagian besar memang tidak bersetuju. Mesej (tidak menyokong) ini pun sudah dinyatakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini.

"Mereka (yang tidak bersetuju) ini memberi pertimbangan untuk semua pihak tumpukan sementara kepada urusan COVID-19 dulu berbanding isu politik," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas sebelum ini mengakui beliau perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen BN bagi menyokong Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pelancongan itu berkata, ia bukan untuk menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Sebaliknya, Mohamed Nazri berkata, ia bagi memberi mandat kepada Menteri Luar itu menjadi jurucakap kepada semua 25 wakil rakyat BN jika dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Bagaimanapun, menerusi laporan media hari semalam, Mohamed Nazri kembali menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin yang dibuatnya pada Januari lalu.

Ketika ditanya sama ada sebahagian besar Ahli Parlimen UMNO yang menandatangani SD berkenaan adalah mereka yang sedia menolak cadangan pemimpin tertinggi UMNO itu, sumber itu hanya menyatakan 'Ya'.

"Semua ini sebab COVID-19, bukan kerana jawatan," katanya turut menjelaskan rundingan tertentu membabitkan pemimpin tertinggi UMNO dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi pertimbangan serius mereka.

"Isu berhubung kerjasama dengan Anwar, sampai sekarang tidak dijelaskan," katanya.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Seorang Ahli Parlimen BN lain yang dihubungi bagi menyatakan sama ada sudah dipanggil pemimpin tertinggi parti itu, hanya memberi reaksi 'cukuplah dengan SD itu', merujuk SD kepada Hishammuddin.

Ketika ini, PN dibentuk dengan sokongan amat tipis dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan sebarang tindakan menarik sokongan daripada Ahli Parlimen sedia ada hanya akan menyebabkan kemungkinan kerajaan sedia ada tumbang.

Laporan dipetik dari Berita Harian


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN

Sekianlah artikel Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen UMNO Tak Setuju Tarik Sokongan Kepada PN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/ahli-parlimen-umno-tak-setuju-tarik.html

Subscribe to receive free email updates: