Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf
link : Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Baca juga


Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

 


GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan beliau semalam mengenai isu memohon bantuan secara mengangkat bendera putih.

Menurutnya, kenyataan beliau yang tidak bersetuju dengan pendekatan itu adalah semata-mata didorong kebimbangan ia boleh menggugat akidah seseorang Muslim. <

Menjelaskan lebih lanjut katanya, perkara itu boleh berlaku jika tindakan tersebut bermotifkan sikap berputus asa daripada rahmat Allah SWT dan tidak bersabar terhadap ujian-Nya.

“Tidak terlintas sama sekali di hati saya niat untuk menghalang tindakan tersebut jika ia difikirkan boleh dijadikan satu cara berkesan untuk menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat awam serta memudahkan semua pihak menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Wan Salim dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan mengibarkan bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi untuk menagih bantuan.

Jelas beliau, pihaknya beranggapan tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Bagaimanapun kenyataan itu menimbulkan salah faham dan diperdebatkan dengan meluas di dalam media sosial dengan rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan pendirian tersebut.

Dalam pada itu Wan Salim menambah, kenyataan beliau semalam juga bertujuan memperbetulkan persepsi yang salah sebahagian rakyat terutama mereka yang terjejas pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pihak-pihak berkenaan mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap mereka.

Sebaliknya jelas beliau, nasib mereka yang terjejas sentiasa mendapat perhatian dan sedia dibantu dan dibela oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di samping agensi dan institusi seperti pusat pengurusan zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan banyak lagi.

“Perlu diperingatkan dalam kenyataan tersebut juga saya telah menggesa pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan supaya bertindak lebih intensif dan agresif dalam usaha membantu golongan yang terjejas pendapatan dalam tempoh PKP.

“Malah saya juga menyeru syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta supaya turut membantu untuk meringankan kepayahan hidup golongan berkenaan,” katanya.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Laporan dipetik dari Utusan Malaysia


Demikianlah Artikel Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Sekianlah artikel Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/bendera-putih-mufti-pulau-pinang-mohon.html

Subscribe to receive free email updates: