Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik?

Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik?
link : Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik?

Baca juga


Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik?

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.


Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

5 vaksin tersebut adalah: Vaksin Pfizer-BioNTech, Vaksin AstraZeneca, Vaksin Sinovac, Vaksin CanSinoBIO, Vaksin Sputnik V

Daripada 5 pengeluar vaksin tersebut, vaksin daripada Pfizer-BioNTech telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.

Dan pada 16hb Julai 2021, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan bencana membabitkan dua lagi vaksin COVID-19, iaitu vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson (J&J).

Ia sekali gus menyaksikan jenis pelalian keenam serta ketujuh dimasukkan dalam portfolio Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika mengumumkan perkara itu, berkata COVILO iaitu vaksin yang dibangunkan China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm.

Vaksin J&J yang membabitkan suntikan satu dos pula dibangunkan oleh Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.

Antara ke tujuh-tujuh Vaksin itu ada yang mempertikaikan keberkesanannya terutamanya Vaksin Sinovac yang dibandingkan dengan Vaksin Pfizer.

Malah ada golongan yang menolak pemberian Vaksin Sinovac tanpa sebab yang kukuh, boleh jadi kerana terpengaruh dengan khabar angin yang memperlekehkan keberkesanan Vaksin tersebut.

Jadi persoalannya sekarang benarkan ada perbezaan keberkesanan antara dua Vaksin tersebut?

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada jawapannya.. Bacalah!!
SHAH ALAM - Data perubatan menunjukkan penggunaan vaksin Sinovac dan Pfizer mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus pandemik Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, perkara itu dibuktikan melalui data perubatan mengenai pengalaman Chile menggunakan vaksin Sinovac yang diterbitkan dalam laporan New England Journal of Medicine 7 Julai lalu.

“Tidak banyak perbezaan ditemui antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaan secara praktikal.

“Kedua-duanya sangat efektif dalam mengelakkan penyakit teruk Covid-19 sehingga dimasukkan ke hospital, namun kurang berkesan menentang kesan ringan atau yang tidak mempunyai gejala," katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, laporan berkenaan menunjukkan seramai 4.2 juta penduduk lengkap divaksin berbanding 5.5 penduduk yang tidak divaksin bagi tempoh Februari hingga Mei tahun ini.

"Sinovac didapati mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus.

"Selain itu ia mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.3 peratus," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Israel turut menunjukkan vaksin Pfizer mengurangkan jangkitan sebanyak 64 peratus.

Menurutnya, kementerian itu juga menjelaskan, Pfizer menunjukkan keberkesanan sebanyak 93 peratus terhadap simptom yang menyebabkan kemasukan ke hospital dan gejala serius.

Pada Jumaat, kerajaan memutuskan untuk menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mulai bulan depan manakala stok simpanan Sinovac hanya dikhususkan untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap vaksin lain.

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam PICK adalah kerana pembekalannya telah selesai dan tiada kaitan dengan soal keberkesanannya.


Demikianlah Artikel Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik?

Sekianlah artikel Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Antara SinoVac Dan Pfizer, Yang Mana Lebih Baik? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/antara-sinovac-dan-pfizer-yang-mana.html

Subscribe to receive free email updates: