Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKMlink :
Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM
Baca juga
Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM
ATAS rasa hampa dan bimbang, sekumpulan doktor dari beberapa hospital di Lembah Klang mendedahkan suasana bekerja yang terpaksa mereka hadapi setiap hari melawan pandemik Covid-19, semasa satu perbincangan dalam talian yang kini tular di media sosial.
Mereka menyifatkannya sebagai mengerikan tetapi pada masa sama meluluhkan hati.
Kapal sudah tenggelam, dan kami sedang lemas, kata mereka, yang menyamakan keadaan Malaysia pada hari ini seperti laporan yang pernah muncul dari Itali tahun lalu dan India awal tahun ini.
Kumpulan doktor ini mendedahkan keadaan yang mereka hadapi kepada Projek Bangsa Malaysia dalam satu rakaman yang dibuat pada 9 Julai.
Nama dan identiti mereka dirahsiakan kerana hal sensitif yang mereka ketengahkan dalam video bertajuk “The Pleas of Our Frontliners” (Rayuan Barisan Hadapan Kita).. Video lihat di
SINI
Projek Bangsa Malaysia juga mengubah suara doktor ini untuk menyamarkan identiti mereka. Gambar serta hospital tempat mereka berkhidmat juga tidak diberitahu.
“Kalau kita ingat kapal masih lagi berlayar, saya rasa kapal itu sudah tenggelam. Kalau kita ingat rumah belum lagi terbakar, sebenarnya rumah sudah terbakar,” kata seorang doktor.
Seorang lagi doktor mendakwa jumlah kes jangkitan Covid-19 sebenarnya lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana berdasarkan kadar kebolehjangkitan, satu daripada 10 orang boleh dijangkiti virus itu.
“Malah angka kematian Covid-19 yang dilaporkan di media tidak menggambarkan kadar kematian yang kami lihat,” kata seorang doktor lain.
“Jumlah kematian jauh lebih tinggi. KKM (Kementerian Kesihatan) tidak melaporkan sekiranya pesakit meninggal akibat lain dan ada Covid-19, atau pesakit sudah melepasi tempoh 14 hari dan kemudian mengalami darah beku di paru-paru atau di kaki atau serangan jantung, atau strok,” kata seorang yang lain.
Menurut mereka, kematian akibat Covid-19 berlaku kerana sumber yang terhad.
Hospital juga kekurangan bekalan oksigen sementara unit rawatan rapi sesak kerana sesetengah pesakit mengambil masa yang lama untuk pulih. Bagi sesetengah kes, proses itu memakan masa sehingga berbulan-bulan.
“Kita perlukan lebih banyak peralatan. Kita perlukan lebih banyak tangki oksigen.
“Sejak beberapa minggu lepas kami kekurangan ubat utama yang dipakai untuk merawat pesakit Covid-19.
“Kami tidak dapat bantuan daripada HQ (kementerian) dan kami sedang hendak mati dalam peperangan ini,” kata seorang doktor.
Menurut seorang doktor, mereka tiada masa untuk mengemukakan kertas cadangan dalam mesyuarat bajet bagi mendapatkan dana membeli tangki oksigen kerana tangki oksigen itu diperlukan sekarang.
Usaha mereka untuk meminta sumbangan juga ditolak oleh pihak berkuasa, tambahnya.
Seorang doktor pelatih pula berkata beliau terpaksa mengendalikan empat hingga lima wad di tingkat yang berlainan semasa bertugas atas panggilan pada waktu malam.
“Kami tidak cukup pakar, perunding, MO (pegawai perubatan), pelatih. Bila kami akan dapat orang yang cukup. Bila orang baharu nak masuk? Ini sangat menekan,” kata seorang doktor teresak-esak.
“Saya doktor pelatih tetapi mereka letak saya jaga empat lima wad, di tingkat yang berlainan. Saya terpaksa kejar ke sana ke sini. Saya harap saya tidak sebabkan sesiapa mati,” kata seorang yang lain.
Dua doktor menceritakan tentang jumlah tenaga kerja yang berkurang sehingga menjejaskan operasi apabila ada doktor, jururawat atau pembantu perubatan terkena jangkitan.
Mereka juga menyelar pihak berkuasa kerana dasar yang lemah serta langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang separuh masak.
“Kami masih ingat semasa pilihan raya Sabah. Mereka yang balik dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin, PKP separuh masak, wakil rakyat langgar peraturan. Kami ingat semua itu,” kata seorang doktor.
TUTUP MULUT
Seorang lagi mengeluh tentang arahan tutup mulut yang dikenakan ke atas kakitangan kementerian.
“Saya tahu kawan-kawan saya masih berjuang dan saya rasa apa yang lebih mengecewakan ialah mereka tidak boleh cakap apa-apa,” katanya.
“Sekarang ini setiap kali kami cuba dedahkan (keadaan sebenar), mereka akan beritahu semua pihak dan media bahawa keadaan terkawal, sedangkan kami macam orang nak lemas.”
Seorang lagi doktor bertanya kenapa tidak ada usaha untuk menambah doktor pada masa ini.
“Kenapa sekarang kita ambil guru baru dan bukannya doktor. Sekolah tutup dan kita ambil guru baru?” tanyanya.
Seorang doktor menggesa kerajaan belajar dari negara lain seperti New Zealand, Singapura dan Taiwan yang berjaya melaksanakan strategi mengekang penularan Covid-19.
Hospital di Lembah Klang sejak beberapa bulan lepas sesak selepas kes Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari.
Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan atau R-naught berada pada tahap 1.14.
Angka ini, jika lebih 1.0 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.
Dan hari ini negara mencatatkan jumlah tertinggi pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) iaitu seramai 972 orang sementara jumlah kematian pula seramai 125 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 456 pesakit di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kematian keseluruhan kini berjumlah 6,385 orang.
Hari ini dalam tempoh 24 jam terakhir sebanyak 11,079 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan.
Ini juga pertama kali jumlah jangkitan harian melebihi lima angka.
Jumlah kes pulih pulih sebanyak 5,990 kes.
Laporan dipetik dari
The Malaysian Insight
Demikianlah Artikel Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM
Sekianlah artikel Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Benarkah Dakwaan Frontliners Ini?.. Mohon Jawapan Dari KKM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/benarkah-dakwaan-frontliners-ini-mohon.html