Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik

Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik
link : Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik

Baca juga


Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik

PETALING JAYA: Indek Bursa Malaysia yang jatuh 21.44 mata sekali gus mengkibatkan ‘kehilangan’ berbilion ringgit pada 8hb Julai adalah reaksi serta-merta pelabur ekoran terkesan dengan ketidakstabilan suasana politik semasa negara.

Pada pukul 5 petang hari tersebut, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 21.44 mata kepada 1,508.71 berbanding penutupan urus niaga Rabu pada 1,530.15.


Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Indeks mencecah paras 1,504.63 mata, susut 25.52 mata sejam sebelum itu. 

Ia merupakan kejatuhan terburuk dalam tempoh hampir sembilan bulan, sejak November 2020.

Selain pasaran saham, kemelut yang berlaku turut memberi kesan kepada prestasi ringgit yang didagangkan lebih tinggi berbanding dolar apabila ditutup pada kadar 4.1815 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1620 kelmarin.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pelabur-pelabur asing juga dilihat mengelak daripada melabur di Malaysia buat sementara waktu sehingga keadaan politik kembali stabil dan lebih jelas arah tujunya.


“Pasaran saham negara masih lagi belum mencapai fasa pemulihan, apatah lagi masuk ke early-bull.

“Jadi, apabila ditambah pula dengan keadaan politik semasa yang tidak menentu, ia memberi reaksi negatif sekali gus menyukarkan pasaran saham negara menarik pelaburan asing,” katanya ketika dihubungi.

Awal pagi semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti tersebut menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta-merta sekali gus mencetuskan polemik baharu politik tanah air.

Dalam pada itu, Aimi Zulhazmi turut menegaskan, peningkatan kes Covid-19 walaupun kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak awal bulan ini turut memberikan sentimen negatif yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi bursa.

Jelasnya, jika dibandingkan, pasaran serantau terus meningkat semalam, malah pasaran AS melonjak ke paras tertinggi untuk indek NASDAQ dan S&P500.

“Sewaktu PKP 1.0 dilaksanakan pada Mac 2020, pasaran saham KLCI telah mencecah paras terendah namun ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya. Bursa hanya berada di paras yang memuaskan dengan siri PKP yang berterusan sehingga kini.

“Namun, negara kita masih lagi berdepan kesukaran untuk pulih dengan peningkatan kes Covid-19 serta program vaksinasi yang perlahan. Sekiranya program vaksinasi tidak dipercepatkan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan kekal di fasa satu dan mengambil masa untuk mara ke fasa seterusnya.


“Kunci kepada penyelesaian masalah ini adalah mencapai imuniti kelompok. Kita dapat lihat negara-negara yang telah mencapai vaksinasi antara 40 ke 50 peratus telah berjaya mengurangkan jangkitan Covid-19 dan memulihkan ekonomi contohnya AS yang telah mencapai 48 peratus imuniti kelompok,” tambahnya.

Lapor Utusan Malaysia



Demikianlah Artikel Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik

Sekianlah artikel Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bursa Merudum, Berbilion Ringgit Hilang Angkara Ahli Politik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/bursa-merudum-berbilion-ringgit-hilang.html

Subscribe to receive free email updates: