Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwarlink :
Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar
Baca juga
Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar
Spekulasi mendakwa UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) tidak dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi mengesahkan parti tersebut akan menuntut jawatan nombor satu itu dalam jajaran baharu jika berjaya dibentuk.
Nama Ketua Pembangkang itu tidak dipetik semasa mesyuarat pada Rabu sebagai calon PM sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya ditumbangkan, malah sumber mendedahkan UMNO juga tidak ada mencadangkan nama calon PM yang akan mewakili mereka.
|
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here |
Sebaliknya yang dibimbangi ahli-ahli MT semasa mesyuarat sekiranya DAP yang akan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, persoalan itu dibangkitkan seorang ahli MT menurut sumber parti Agenda Daily.
“Bagaimana jika DAP menyokong Muhyiddin jika Menteri UMNO meletak jawatan dalam kerajaan PN, adakah kita mahu menjadi pembangkang semula?” kata ahli MT itu menurut sumber semasa mesyuarat pada malam Rabu.
Menurut sumber, majoriti ahli-ahli MT menolak Anwar sebagai calon PM sekiranya berjaya membentuk jajaran baharu dan ia menyebabkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO hanya menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan bukan kerajaan PN itu.
Bagaimanapun, tindakan Zahid tersebut membingungkan dan menyebabkan lebih banyak kekeliruan yang timbul dikalangan pemimpin UMNO yang lain walhal diketahui sekiranya Muhyiddin berundur ia bermakna secara automatik Kabinet yang sedia ada akan tumbang dan UMNO akan terpaksa memilih kerjasama yang baharu.
Zahid bagaimanapun semasa mesyuarat MT tersebut tidak memperincikan langkah seterusnya yang akan diambil UMNO, malah tidak mendedahkan parti yang akan bersama mereka dalam jajaran baharu tersebut.
“Tindakan Zahid dan MT UMNO ini sangat mengelirukan, mereka hanya mengumumkan menarik sokongan terhadap PM tetapi tidak kepada kerajaan PN… Zahid tahu, sekiranya cadangan untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP diusulkan semasa mesyuarat beliau akan menerima tentangan yang hebat.
“Oleh sebab itu, usul yang dibawa hanya menarik sokongan terhadap Muhyiddin… Bukan kerajaan PN,” kata sumber.
Dalam mesyuarat tersebut juga, seorang ahli MT di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada membangkitkan berhubung soal calon PM dikalangan pemimpin UMNO yang disifatkannya lebih layak untuk menggantikan UMNO namun tidak menamakan secara spesifik nama calon PM tersebut.
“Kita ada 38 Ahli Parlimen, takkan tidak satu yang layak menjadi PM,” kata ahli MT semasa mesyuarat malam Rabu tersebut beritahu sumber.
Kesimpulannya, nama Anwar yang kononnya akan dipersetujui UMNO sebagai calon PM tidak menjadi topik semasa mesyuarat MT Rabu tersebut, malah tidak ada seorang ahli-ahli MT yang menyokong Anwar.
Sekiranya Anwar sebagai cikgu Zahid berharap anak muridnya itu melobi bagi pihaknya dalam mesyuarat MT baru-baru ini, itu adalah cerita dongeng yang cuba dibawa untuk menyedapkan hatinya yang sudah bercita-cita lama mengidamkan jawatan tersebut.
Pada Rabu, Zahid selepas selesai Mesyuarat MT mengumumkan keputusan parti yang menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.
Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Bagaimanapun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal.
Demikianlah Artikel Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar
Sekianlah artikel Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon PM Jajaran Baharu Mesti Dari UMNO Bukan Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/calon-pm-jajaran-baharu-mesti-dari-umno.html