Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta

Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta
link : Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta

Baca juga


Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta

 

BUTTERWORTH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Mansor Musa, 58, mengaku tidak bersalah atas 106 pertuduhan berkaitan rasuah bernilai lebih RM11 juta.

Beliau yang juga Pengerusi sebuah koperasi hartanah di sini membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Mengikut 42 pertuduhan, dia didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang dan harta milik syarikat yang merupakan hasil kepada suatu aktiviti haram.

Beliau yang juga ketua bahagian sebuah parti politik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, bagi 62 pertuduhan lagi, dia didakwa menerima wang dan harta daripada syarikat yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM5 juta mana-mana lebih tinggi.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di antara September 2011 hingga Ogos 2020 dengan membabitkan nilai lebih RM11 juta.

Kes dikendalikan pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah bersama Muhamad Asraf Mohamed Tahir dan Muhamad Azlan Basri.

Tertuduh diwakili peguam Kek Boon Wei dan Hellen Ng.

Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 beserta seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 28 September ini.

Difahamkan pertuduhan tersebut merupakan sebahagian daripada 160 pertuduhan yang akan dihadapinya.

Tertuduh dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu ini bagi berdepan 54 lagi pertuduhan.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan menahan seorang Pengerusi Anggota Lembaga Pengarah sebuah koperasi hartanah atas kesalahan menerima wang rasuah dan barangan berharga yang dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta.

Menurut sumber, suspek didakwa menerima sogokan itu daripada seorang Pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya.

Jelasnya, sogokan itu sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

Difahamkan, penahanan suspek itu adalah berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM bermula Ogos tahun lalu lapor Utusan Malaysia

Sementara itu AgendaDaily melaporkan..

Ketua Bahagian UMNO Bayan Baru, Pulau Pinang Datuk Mansor Musa yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 106 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM11 juta yang diterima daripada pelbagai syarikat.

Mansor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Dia didakwa menerima sogokan antara September 2011 dan 10 Ogos tahun lalu. Memetik laporan FMT, sumber sogokan itu tidak disebutkan dalam dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada wartawan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung dari 2004 hingga 2008, didakwa atas 42 tuduhan terlibat dalam pengubahan wang dan 64 tuduhan bersubahat sepanjang tempoh lebih sembilan tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesalahan di bawah subseksyen (a) membawa denda maksimum RM5 juta dan/atau penjara maksimum lima tahun, sementara subseksyen (b) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda hasil haram atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi.


Demikianlah Artikel Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta

Sekianlah artikel Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Terima Rasuah Dari 'Tan Sri' RM16 Juta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/datuk-terima-rasuah-dari-tan-sri-rm16.html

Subscribe to receive free email updates: