Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... " - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... ", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... "link :
Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... "
Baca juga
Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... "
JEMPOL – Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pagi semalam mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.
Menurutnya, pihak polis mendapati lelaki berkenaan datang bersama dua lagi anak saudaranya iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun ke tanah perkuburan tersebut bagi tujuan ziarah.
“Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.
..... Itu laporan dari Kosmo mengenai seorang seorang lelaki yang menziarahi kubur di Felda Palong 12 dan 13 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pagi semalam yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar SOP.
Kompaun sebanyak RM2,000 dikeluarkan terhadap lelaki tersebut dengan kadar serta merta..
Berikut pula laporan mengenai seorang lagi individu yang melanggar SOP dengan memandu uji sebuah kenderaan 4X4 Ford Raptor di Auto City, Juru, Pulau Pinang.
Kompaun yang dikenakan terhadapnya ialah RM1,500 dalam masa hampir satu bulan..
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membayar kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadapnya setelah didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di Pulau Pinang, pada Jun lepas.
Pegawai Khas Medianya, Helmi Khalid berkata, wakil Menteri Besar Kedah membuat pembayaran kompaun tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar pada Ahad.
“Bayaran kompaun RM1,500 diserahkan semalam (Ahad)," katanya pada Isnin.
Difahamkan, Muhammad Sanusi membayar kompaun bagi dua orang iaitu RM1,500 setiap seorang bagi diri beliau dan seorang wakil jualan di Pulau Pinang.
Muhammad Sanusi dikompaun kerana melanggar SOP dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, bulan lalu ~ Sinar Harian
...... Persoalannya disini ialah kenapa walaupun kesalahan mereka sama iaitu melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh MKN jumlah kompaun yang dikenakan adalah berbeza?
Rakyat langgar SOP dendanya ialah RM2,000.. Wakil Rakyat langgar SOP pula hanya didenda RM1,500.
Dan masa yang diperlukan untuk dikeluarkan kompaun juga adalah berbeza..
Rakyat dikompaun serta-merta.. Wakil Rakyat pula mengambil masa hampir satu bulan untuk diserahkan kompaun dngan alasan masa diperlukan untuk siasatan.
Langsung tak adil..
Bertolak ansur lah sama.. tak boleh kah dinasihat dahulu lelaki itu?.. minta dia pulang sahaja.. itu lebih baik dari dikenakan kompaun.
Takkan tak sedar lagi tentang keadaan semasa sekarang ini?.. boleh dikatakan majoriti rakyat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi..
Maka tak hairanlah kalau ada yang berkata..“Baik pandu uji Ford Raptor. RM1,500 saja...
Demikianlah Artikel Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... "
Sekianlah artikel Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... " kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Macam Ni.. "Baik Test Drive Ford Raptor... " dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/kalau-macam-ni-baik-test-drive-ford.html