31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas..

31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas..
link : 31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas..

Baca juga


31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas..

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 5 Ogos memberitahu, parti itu telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Portal Suara TV melaporkan, surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu meminta semua Ahli Parlimen parti itu menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos.


Menerusi borang tersebut, semua Ahli Parlimen UMNO diminta menyatakan pendirian sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletak jawatan.

Dan hari ini Beberapa Ahli Parlimen dari UMNO akan mengadakan satu sidang media tergempar di ibu negara, sekitar 11.30 pagi ini.

Ahli Parlimen yang dijangka menyertai sidang media itu ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas), dan beberapa yang lain, yang dikatakan cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dijangka 25 ahli Parlimen UMNO akan menyertai sidang media tergempar yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam sidang media tersebut.

Pemerhatian Utusan Malaysia di pentas sidang media mendapati terdapat 25 tanda sekali gus memberi petunjuk sidang media itu bakal dihadiri 25 orang.

Dalam Sidang Media tersebut mereka termasuk Ahli Parlimen dari MIC dan MCA telah menyatakan akan kekal menyokong PN, jumlah mereka ialah 31 Ahli Parlimen semuanya.

The Malaysian Insight melaporkan..

SERAMAI 31 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tetap menyokong kerajaan sehingga Parlimen bersidang untuk menentukan keabsahannya, kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Naib presiden Umno itu berkata demikian dalam sidang media bersama 20 orang lagi ahli Parlimen yang hadir dalam sidang media hari ini.

“Kami menjunjung titah duli Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan supaya kerajaan hari ini teruskan pentadbiran dan tentukan keabsahan di Parlimen,” kata Ismail.

Kumpulan itu tampil hari ini selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan supaya semua ahli Parlimen parti itu menolak Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan dalam kerajaan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata soal untuk mempersembahkan sebarang bukti sokongan juga tidak lagi timbul memandangkan baginda sudahpun memperkenan agar ia dibuktikan di Parlimen.

“Jelas istana tidak lagi terima akuan bersumpah atau surat sokongan,” kata Ismail lagi.

Tambahnya, sebarang usaha untuk mempersembahkan bukti sokongan tersebut bertentangan dengan perkenan dan keputusan baginda.

“Kami setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan patuh kepada titah baginda. Apa pun perkara perlu dilakukan di Parlimen.

“Kami berpandangan perkara lain di luar perkenan tuanku. Hantar SD atau surat akuan termasuk tindakan yang boleh runtuhkan kerajaan sebelum (sidang) Parlimen diadakan,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya tindakan mematuhi titah baginda boleh dianggap sebagai melakukan kesalahan oleh Umno.

“Patuh titah tuanku itu satu kesalahan? Kalau itu satu kesalahan, saya tak tahu siapa patuh dan siapa derhaka,” kata ahli Parlimen Bera itu lagi.

Berikut senarai 20 ahli Parlimen yang tampil bersama Ismail Sabri:

1-Mahdzir Khalid (Padang Terap) 
2-Shahidan Kassim (Arau) 
3-Idris jusoh (Besut) 
4-Noh Omar (Tanjong Karang) 
5-Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak). 
6-Hasan Ariffin (Rompin) 
7-Abdul Azeez Rahim (Baling) 
8-Annuar Musa (Ketereh) 
9-Halimah Sadique (Kota Tinggi) 
10-Ismail Mohd Said (Kuala Krau) 
11-Abdul Rahman Mohd (Lipis). 
12-Ismail Mutalib (Maran) 
13-Shahar Abdullah (Payar Besar) 
14-Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 
15-Ahmad Hamzah (Jasin) 
16-Nazri Aziz (Padang Rengas) 
17-Jalaluddin Alias (Jelebu) 
18-Salim Sharif (Jempol) 
19-Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 
20-M Saravanan (Tapah)

Ismail Sabri turut membacakan nama 10 lagi ahli Parlimen yang menurutnya turut kekal menyokong PN tetapi tidak hadir dalam sidang media itu.

Bagaimanapun semakan oleh Malaysiakini mendapati dari senarai yang dibacakan oleh Ismail Sabri itu terdapat tiga nama bertindih dengan senarai kem Presiden Umno Zahid Hamidi - yang menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nama-nama yang bertindih itu ialah:

1-Mohd Nizar Zakaria (Parit) 2-Noh Omar (Tanjong Karang) 3-Azeez Abdul Rahim (Baling)

Berikut angggota parlimen yang hadir dalam sidang media di Kuala Lumpur tengah hari tadi: 
1-Ismail Sabri Yaakob (Bera) 
2-Mastura Yazid (Kuala Kangsar) 
3-Mahdzir Khalid (Padang Terap) 
4-Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) 
5-Halimah Saddique (Kota Tinggi) 
6-Jalaluddin Alias (Jelebu) 
7-Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) 
8-Mohd Salim Sharif (Jempol) 
9-Annuar Musa (Ketereh) 
10-Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) 
11-Hassan Arifin (Rompin) 
12-Abdul Rahman Mohamad (Lipis) 
13-Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), 
14-Idris Jusoh (Besut) 
15-Shahidan Kassim (Arau) 16-Ismail Abd Muttalib (Maran) 
17-Wee Ka Siong (MCA- Ayer Hitam) 
18-M Saravanan (MIC-Tapah)

Yang tidak hadir, tetapi didakwa mendukung kerajaan PN: 
1-Khairy Jamaluddin (Rembau) 
2-Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas) 
3-Dr Adham Baba (Tenggara) 
4-Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan) 
5-Hishammuddin Hussein (Sembrong) 
6-Mohamad Alamin (Kimanis) 
7-Zahidi Zainul (Padang Besar) 
8-Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) 
9-Wee Jeck Seng (MCA- Tanjung Piai) 
10-Ahmad Hamzah (Jasin)


Demikianlah Artikel 31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas..

Sekianlah artikel 31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 31 Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN.. Zahid Mesti Panas.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/31-ahli-parlimen-bn-kekal-sokong-pn.html

Subscribe to receive free email updates: