Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin?

Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin?
link : Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin?

Baca juga


Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin?

Parti DAP berkemungkinan memilih jalan tengah dan 'berdamai' dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan, berbanding menggulingkan Perdana Menteri, ketika ini.

Ini kerana menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, pertimbangan itu berdasarkan kepada kebimbangan blok pembangkang tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk mengambil alih pemerintahan sekiranya Perdana Menteri atau Jemaah Menteri gagal mendapat sokongan majoriti pada sesi undi percaya di Parlimen, September ini.


"Jadi, saya melihat kebimbangan itu wujud sama ada PH (Pakatan Harapan) mempunyai kekuatan yang cukup untuk mengambil alih pemerintahan daripada PN (Perikatan Nasional).

"Keduanya, saya melihat bahawa pendirian ini juga menggambarkan sikap DAP dalam keadaan berdepan situasi pandemik yang semakin tidak menunjukkan kadar penurunan yang baik dan vaksinasi pun belum mencapai imuniti kelompok yang memuaskan.

"Jadi, dalam situasi ini kalau perubahan kerajaan itu lebih mendatangkan mudarat berbanding sekarang ini, mereka mungkin memilih jalan damai bersama dengan Muhyiddin.

"Ini kerana, pertimbangan ini bagi saya juga melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh DAP sebagai contoh, mereka sangat menyokong confidence-and-supply agreement (CSA). Jadi bagi saya, itu cara bagaimana DAP mengambil jalan tengah dalam situasi itu.

"Maka, mereka melihat mudarat yang lebih kecil ialah bersama Muhyiddin sehingga habis tamat tempoh berbanding kerajaan ini beralih kepada pihak yang belum tentu boleh memberikan kestabilan politik," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP itu, yang dimuat naik di laman Facebook malam tadi.

AstroAwani juga sebelumnya telah melaporkan..

KUALA LUMPUR: Tindakan menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

Jelas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, ini kerana UMNO telah meletakkan kedudukan mereka untuk mengambil alih jawatan tersebut jika Muhyiddin meletakkan jawatan.

“Tidakkah sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka menerajui jawatan PM?

“Sekiranya, mana-mana pemimpin UMNO menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh kembali kuasa)?

“Masa depan negara tergantung pada keseimbangan. Apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang boleh membawa kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Masa untuk berfikir panjang dan berfikir betul-betul,” jelas Pua yang mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu mempersoalkan seandainya golongan kluster mahkamah di dalam kalangan UMNO itu kembali mendapat kuasa, mereka akan lebih berpengaruh dan berkuasa menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Dan jika UMNO kembali menjadi pemimpin di Kerajaan, anda pasti boleh menjangkakan mereka ini akan lebih dapat mengukuhkan kekuatan politik mereka untuk muncul lebih kuat lagi selepas PRU akan datang.

“Atau mungkin kita boleh berfikir selangkah ke hadapan untuk menghentikan golongan kleptokrat ini daripada terlepas?

“Serta mungkin lebih teruk lagi jika mereka ini kembali mendapat kawalan dan kuasa politik, walaupun itu bermaksud mereka perlu kekal bertoleransi dengan PN. Itu mungkin boleh menjadi strategi menjadi buat UMNO, sementara Pakatan Harapan dan rakyat dapat menyingkirkan Muhyiddin dan Azmin untuk PRU seterusnya,” jelas Pua.




Demikianlah Artikel Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin?

Sekianlah artikel Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa, DAP Sokong Muhyiddin? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/bagaimana-jika-untuk-halang-kleptokrat.html

Subscribe to receive free email updates: