Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatanlink :
Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan
Baca juga
Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan
PEMIMPIN pari komponen Perikatan Nasional meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk tidak meletakkan jawatan dalam mesyuarat yang diadakan pada Rabu, kata sumber.
Sumber berkenaan, yang dekat dengan mesyuarat itu berkata pemimpin Perikatan juga mahu perdana menteri hadapi usul undi percaya di Parlimen pada September sebagaimana yang dirancang dan bukan lebih awal.
Sebelum ini dilaporkan terdapat rancangan untuk usul undi percaya diadakan dalam sidang khas Parlimen pada 18 Ogos.
Sumber memberitahu, pemimpin PN tidak mahu Muhyiddin jatuh ke dalam perangkap Umno dan pembangkang yang akan menyebabkan kejatuhan kerajaan PN.
Mereka percaya sekiranya Muhyiddin berundur, situasi akan sama seperti kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2019 susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Muhyiddin dan PN berkuasa berikutan perkembangan itu.
“Pemimpin PN yakin kita bertindak mengikut perlembagaan persekutuan, terutamanya Perkara 40, dan mematuhi undang-undang,” kata seorang sumber.
Perkara 40 perlembagaan menyatakan kuasa Agong terhad untuk beberapa perkara, tidak termasuk menentukan bila Parlimen perlu bersidang, dan baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
Tambah sumber, ketika Muhyiddin mengumumkan kali pertama yang beliau akan berdepan usul percaya di Parlimen bulan depan, beliau tidak yakin boleh menang.
“Beliau hanya mengikut demokrasi dan prosedur undang-undang. Sekiranya beliau gagal, beliau perlu meletakkan jawatan,” kata sumber.
“Muhyiddin perlu menang usul percaya. Kadar kejayaananya adalah 50%. Tambahan pula, perlembagaan menyatakan Agong tidak boleh memecat perdana menteri,” kata sumber.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Muhyiddin akan mengetuai kerajaan monoriti selepas kalah dalam sokongan majoriti.
Sumber lain menyatakan Muhyiddin mungkin akan membubarkan Parlimen sekiranya gagal dalam usul percaya September ini, dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pilihan raya umum.
“Agong bagaimanapun mungkin tidak setuju untuk membubarkan Parlimen. Dalam kes ini, Muhyiddin ada peluang untuk kekal sebagai perdana menteri kerana tiada parti yang mempunayi majoriti yang jelas,” katanya.
“Pakatan Harapan mempunyai 88 ahli Parlimen, manakala Umno ada 38, Pejuang ada empat dan Warisan ada lapan ahli. Perikatan dilihat mempunyai sokongan yang kukuh,” kata sumber berkenaan.
“Muhyiddin masih boleh tubuhkan kerajaan monoriti dan terus mentadbir,” tambah sumber kedua.
Sumber juga turut mengatakan PN perlu mengadakan pilihan raya umum apabila sekurang-kurangnya 80% penduduk telah menerima vaksin.
Ini katanya merupakan cara untuk menghentikan konflik politik.
Menurut sumber, PN masih ada masa untuk berunding dan meraih sokongan menjelang persidangan Parlimen pada 6 September. PN mungkin akan mendapatkan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata mereka.
Kedudukan Muhyiddin mula goyah susulan pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Ini bermakna perdana menteri hilang majoriti tipis di Dewan.
Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau terus mendapat sokongan majoriti dan bersetuju untuk berdepan usul percaya pada September.
Keadaan semakin sulit sejak beberapa hari lalu apabila timbul spekulasi bahawa Agong menasihatkan Muhyiddin sama ada untuk berundur atau berdepan usul percaya lebih awal lapor
The Malaysian Insight
Demikianlah Artikel Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan
Sekianlah artikel Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-dilapor-dipujuk-supaya-jangan.html