Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu?

Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu?
link : Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu?

Baca juga


Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu?

MALAYSIA sekali lagi hari ini merekodkan angka jangkitan baharu Covid-19 paling tinggi dengan 21,668 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,342,215.

Kes harian paling tinggi sebelum ini dilaporkan enam hari lalu, iaitu 20,889 kes pada 6 Ogos.

Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 6,278 jangkitan diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143) dan Sabah (2,052).

Sementara itu, tiga negeri lain iaitu Johor (1,706), Sarawak (1,216) dan Pulau Pinang (1,229) melaporkan lebih 1,000 kes jangkitan.

Negeri Sembilan melaporkan 899 kes sementara Kelantan (972), Perak (930), Melaka (494), Terengganu (594), Labuan (11), Putrajaya (56) dan Perlis (23).

Wajarlah kiranya keputusan Kementerian Pendidikan membuka semula sekolah pada 1 September akan datang dipertimbangkan semula mengambil kira bilangan kes jangkitan Covid-19 dalam negara kini pada tahap tertinggi.

Laporan berkaitan..

SEREMBAN: Keputusan Kementerian Pendidikan membuka semula sekolah pada 1 September akan datang harus dipertimbangkan semula mengambil kira bilangan kes jangkitan Covid-19 dalam negara kini pada tahap tertinggi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, membenarkan murid dan pelajar kembali ke sekolah dalam keadaan semasa bukan sahaja sangat berisiko malah adalah tindakan culas dan tidak bertanggungjawab.

Keadaan tersebut jelas beliau, ditambah dengan faktor imunisasi ratusan ribu guru yang belum menyeluruh selain kerajaan belum melaksanakan program imunisasi kepada remaja berusia 12 ke 18 tahun.

“Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan secara serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius.

“Berhentilah dari membuat segala keputusan yang akhirnya mengancam kesihatan dan keselamatan pelajar, guru-guru dan keluarga serta masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohamad, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah dan mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbang seperti di Perlis, Sarawak serta Labuan.

“Bagi negeri lain, pembelajaran secara maya mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

“Keputusan kementerian mesti disesuaikan dengan data dan kedudukan jangkitan serta vaksinasi. Pendekatan one size fits all dalam keadaan yang sangat luar biasa seperti sekarang mesti dihentikan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu?

Sekianlah artikel Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Makin Meningkat, Nak Dibuka Juga Ke Sekolah Tu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/kes-makin-meningkat-nak-dibuka-juga-ke.html

Subscribe to receive free email updates: