‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor

‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor
link : ‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor

Baca juga


‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu agar tidak membawa apa-apa usul yang tidak berkenaan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Sultan Ibrahim bertitah, ketika ini bukan masa untuk berbalah tetapi waktu terbaik untuk bersatu dan bekerjasama serta tidak mempersoalkan apa yang dilakukan pihak lain untuk membantu rakyat, sebaliknya mencerminkan muka sendiri bagi melihat apa yang telah dilaksanakan.

“Saya ingatkan bahawa dewan negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan yang mulia, bukan dewan sangkar beruk, ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik.

“Tidak perlu berbahas atau membawa usul tidak berkenaan, awak semua mesti pentingkan rakyat di luar sana yang tengah susah, ada yang kelaparan, hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid-19,” titah baginda ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor di sini, sebentar tadi.

Sultan Ibrahim juga sekali lagi bertitah untuk tidak akan teragak-agak membubarkan DUN kali ini sekiranya terdapat usaha mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Baginda juga memberi peringatan bahawa tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sehingga mengganggu-gugat Johor dan kerajaan negeri.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukan kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Covid-19 sudah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baharu. Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim mahu DUN Johor menjadi pentas untuk wakil-wakil rakyat berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan Johor. – UTUSAN ONLINE



Demikianlah Artikel ‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor

Sekianlah artikel ‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Ini Dewan Yang Mulia, Bukan Sangkar Beruk’ Titah Sultan Johor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/ini-dewan-yang-mulia-bukan-sangkar.html

Subscribe to receive free email updates: