Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM

Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM
link : Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM

Baca juga


Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM

KETUA Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul menegaskan bahawa tidak semestinya ahli Parlimen pembangkang akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan di Dewan Rakyat pada September ini.

“Saya yakin sesiapa juga yang akan naik, tidak semestinya daripada pembangkang. Mungkin ada orang lain dalam perbincangan Yang di-Pertuan Agong yang boleh memberikan keyakinan kepada ahli Parlimen lain sebagai perdana menteri,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu kepada wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali.

SINAR HARIAN: Muhyiddin menyatakan beliau masih mempunyai majoriti kukuh di Parlimen tetapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yakin Pakatan Harapan (PH) ada majoriti membentuk kerajaan. Boleh Datuk terangkan kedudukan sebenar ketika ini?

JOHARI: Isunya sekarang jelas, sama ada Muhyiddin boleh menunjukkan beliau mempunyai sokongan yang cukup ataupun tidak. Itu semua akan berlaku dengan beberapa cara.

Cara pertama, perkara yang paling gentleman ialah beliau membawa usul undi percaya. Pernah zaman-zaman sebelum ini, kita tengok perdana menteri membawa usul undi percaya untuk mendapatkan keabsahan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti.

Bawa usul, sekali gus ia menamatkan cerita-cerita orang di luar, fitnah atau apa jua pandangan serong terhadap beliau.

Muhyiddin sebenarnya mempunyai peluang apabila diminta oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempercepatkan persidangan Parlimen. Sepatutnya, saya kira pada 2 Ogos yang lepas, beliau boleh bawa satu usul untuk mengabsahkan kedudukan beliau tapi beliau ambil tindakan untuk mengadakan Sidang Khas. Muhyiddin miss opportunity itu.

Cara kedua ialah di luar Dewan dengan pembangkang bukan sahaja Pakatan Harapan (PH), tapi juga gabungan ahli Parlimen yang lain membuktikan melalui dokumentasi, surat-surat kepada Speaker dan surat-surat yang ditulis kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan bahawa Muhyiddin sudah hilang sokongan yang sepatutnya sebagai perdana menteri.

Sebab itu kita katakan, beliau hanya mempunyai 103 sokongan ahli Parlimen. Bukti yang tersebar, grafik yang dibuat oleh pihak-pihak media menunjukkan pembangkang mempunyai 117 sokongan.

Sudah tentu beliau menyatakan bahawa itu spekulasi, tidak benar dan andaian.

Bagaimana kita nak membuktikan kalau tidak ada satu tindakan daripada beliau sendiri untuk mematikan pandangan serong tersebut sekiranya beliau sendiri gagal membawa satu usul memastikan dirinya mempunyai jumlah sokongan yang cukup dengan membawa usul undi percaya, seperti mana yang telah dibawa oleh perdana menteri terdahulu.

Kes paling hampir dengan kita ialah bekas Menteri Besar Perak, (Datuk Seri Faizal Azumu) sendiri membenarkan usul undi percaya dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terbukti bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai jumlah yang cukup untuk mempertahankan jawatannya.

Itu sebenarnya yang sedang berlaku.

SINAR HARIAN: Muhyiddin menyatakan usul undi percaya September ini akan tentukan kedudukannya. Adakah tempoh itu terlalu lama bagi pembangkang?

JOHARI: Sudah pasti sebab dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi dokumen yang kita junjung, menjadi undang-undang tertinggi dan utama negara.

Apabila seseorang itu telah hilang jumlah untuk terus menjadi perdana menteri, maka beliau mesti serta-merta berjumpa Yang di-Pertuan Agong bahawa dirinya telah hilang sokongan.

Dia boleh kata ada sokongan tetapi dalam kes ini, dia tidak ada. Dua perkara yang boleh dilakukan iaitu yang pertama, beliau secara ikhlas, jujur meletakkan jawatan kerana telah hilang jumlah sokongan yang membolehkan beliau menjadi perdana menteri.

Keduanya, meminta supaya Dewan Rakyat dibubarkan. Terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan sama ada meneruskan pemerintahan beliau dengan memberikan beberapa syarat, mungkin memberikan masa ataupun membubarkan Dewan.

Tetapi, yang pentingnya apa jua sebelum Agong membuatkan keputusan, Muhyiddin sendiri seharusnya melepaskan jawatan, tetapi ia tidak berlaku.

Ia bukan soal berani, tidak berani. Bila kita melangkah ke Dewan Rakyat, perkara pertama sekali yang kita lakukan ialah mengangkat sumpah. Ini bukan cerita main-main. Apabila kita masuk ke Dewan Rakyat, antara yang kita sebut dalam sumpah ialah taat setia kepada raja dan Yang di-Pertuan Agong serta menjunjung perlembagaan.

Itu dua perkara yang tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ahli Parlimen membawa satu beban yang cukup hebat, di samping berkhidmat kepada rakyat.

Isu perlembagaan tidak boleh diperkotak-katikkan. Apabila telah terbukti hilang majoriti, kamu mesti ambil tindakan mengikut apa yang telah termaktub dalam perlembagaan, iaitu melepaskan jawatan.

Soal berani atau tidak, itu cerita lain. Berani pun kena buat. Kalau tidak berani pun kena buat. Sebab selagi cuba bertahan dengan kedudukan tidak mempunyai majoriti, beliau dilihat sebagai seorang yang tidak menjunjung perlembagaan, tidak memenuhi sumpah dalam Parlimen. Implikasinya ialah persepsi rakyat terhadap Muhyiddin amat buruk.

Yang kedua, kita mempunyai sistem yang mana pentadbir kita akan menerima arahan daripada kerajaan yang sah.

Tetapi kalau pegawai kerajaan sendiri mempunyai rasa was-was sama ada kerajaan ini sah atau tidak, bayangkan bagaimana mereka akan melaksanakan tugas. Mereka sendiri tak yakin bahawa kerajaan ini sah dari segi undang-undang.

Saya bekas pegawai kanan kerajaan, saya tahu. Saya takut kalau saya mengambil arahan dan jika kerajaan itu tumbang, apakah yang akan berlaku pada kerja-kerja yang telah saya laksanakan ini?

Ketiga, tentang persepsi dunia luar yang telah pun mempunyai pelaburannya di sini. Mungkin mereka telah belanja AS$100 juta dan melabur tapi tiba-tiba mereka lihat keadaan huru-hara macam ini.

Ini memberikan gambaran Malaysia bukanlah negara yang boleh diharapkan oleh para pelabur dan boleh menjejaskan kepercayaan mereka kerana komuniti perniagaan amat luas seluruh dunia.

Silalah sambung bacaan anda di SINI


Demikianlah Artikel Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM

Sekianlah artikel Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setelah Anwar Tak Cukup 'Nombor', Johari Abdul Kata Tak Semestinya Pembangkang Jadi PM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/setelah-anwar-tak-cukup-nombor-johari.html

Subscribe to receive free email updates: