Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!!

Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!!
link : Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!!

Baca juga


Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!!

Dalam surat akuan yang diutuskan UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong tidak menyatakan PM pilihan baharu mereka tetapi sekadar menyatakan menarik sokongan sahaja, ia bermakna Anwar juga tidak mendapat sokongan daripada blok UMNO yang bersama Zahid.

Senario semasa ini bermakna, parti-parti yang berada di blok pembangkang yang kini ditambah 14 MP UMNO juga tidak sepakat untuk melantik Anwar sebagai PM baharu mereka.

Seorang penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berpendapat, melihat keadaan pembangkang yang berpecah dan tidak mempunyai hala tuju untuk memilih calon PM mereka, ia memberi kelebihan kepada Muhyiddin namun pilihan masih ada untuk kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen bagi memberi mandat kepada rakyat agar kestabilan politik dapat dikembalikan.

“Sepatutnya kalau usul tak percaya dah dilulus, PM sama ada perlu letak jawatan atau bubar Parlimen, itu prosedur dia. Jika PM letak jawatan terpulang kepada Agong untuk pilih PM baharu yang pada hemat Baginda boleh dapat kepercayaan majoriti MP.

“Dalam keadaan pembangkang berpecah pastilah Muhyiddin boleh naik balik. Tapi jika Muhyiddin minta bubar Parlimen maka akan ada PRU (Pilihan Raya Umum), melainkan jika Agong tak perkenan. Dalam keadaan Agong tak perkenan adakan PRU terpulang kepada Agong untuk pilih PM baharu yang pada hemat Baginda boleh dapat kepercayaan majoriti MP,” katanya.

Kamarul Zaman berkata kestabilan politik perlu dalam memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan terurus, mengambil kira pelaksanaan vaksinasi yang berjalan lancar mungkin PRU boleh diadakan sekitar hujung Oktober selepas mencapai imuniti berkelompok waktu itu.

“Jika PRU dipanggil sekitar akhir Oktober atau awal November pun tiada masalah sebenarnya, sebab herd immunity sudah tercapai pada akhir Oktober.

“Cuma kena buat SOP (prosedur operasi standard) pencalonan, kempen dan pengundian yang lebih ketatlah untuk pastikan Covid 19 tidak merebak,” katanya.

Seorang MP UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah mengadakan PRU dengan memberi mandat kepada rakyat adalah jalan keluar kepada kemelut politik ketika ini, ia bagaimanapun perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sekurang-kurangnya kes Covid-19 diturunkan terlebih dahulu.

“Kalau Agong setuju untuk adakan PRU, jadi PRU lah yang terbaik. Kita bagi Covid rendah dulu, sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan. Kemudian buatlah pilihan raya,” katanya kepada AgendaDaily


Laporan berkaitan..

Blok pembangkang akhirnya mengaku tidak cukup sokongan bagi membuktikan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Susulan itu mereka dilapor membatal pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri, namun mengutus surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini sebagai langkah tergesa-gesa menyokong surat yang dihantar oleh UMNO menyatakan 13 Ahli Parlimennya tidak menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penghantaran surat oleh PH disahkan Timbalan Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Ya kita ada buat surat (akuan). Surat itu dihantar menerusi parti (masing-masing dalam komponen Pakatan Harapan – PH). Cuma saya tak pasti bila surat itu dihantar tetapi saya ada dimaklumkan mengenainya,” katanya memetik laporan BHOnline.

Seorang pemimpin kanan PKR berkata blok pembangkang bersetuju untuk memberi tumpuan kepada Ahli Parlimen yang menentang Muhyiddin.

“Memanglah Ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong Perdana Menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang. Tetapi kami berpandangan sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat UMNO kepada Tuanku.

“Mereka sedar bahawa selagi mereka tidak memiliki nama untuk calon Perdana Menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaNow.

Memetik laporan itu PH dan beberapa Ahli Parlimen lain mendakwa berjaya mengumpulkan 100 nama berserta 13 nama yang didakwa oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut mengesahkan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara sama.

Ketua Wira WARISAN yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman memaklumkan parti itu sudah menandatangani dan menghantar surat berkenaan.

“WARISAN juga mengesahkan perkara ini. (Surat) ditandatangani dan diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Twitter.

Walaupun Ahli Parlimen di luar PH turut menolak kepimpinan Muhyiddin, namun mereka tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, yang dikatakan sebagai matlamat utama rancangan Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sehingga sekarang, calon perdana menteri belum dinamakan kerana penentangan hebat Ahli-ahli Parlimen yang boleh menjadi kingmaker,” kata sumber dalaman PKR tersebut kepada MalaysiaNow.


Demikianlah Artikel Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!!

Sekianlah artikel Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Tak Cukup 'Nombor' Untuk Jadi PM Pulakdah!! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/anwar-tak-cukup-nombor-untuk-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates: