RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan..

RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan..
link : RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan..

Baca juga


RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan..

Ini yang dikatakan sebagai menangguk di air keruh, mereka mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan dan kesempitan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

Melampau dan menekan keluarga golongan kurang berkemampuan bila bayaran antara RM1,300 hingga RM1,800 dikenakan bagi pengurusan jenazah sebahagian pesakit COVID-19 di negeri Kelantan.Malah bayaran itu pula bukan kos keseluruhan sehingga pengebumian, sebaliknya hanya membabitkan urusan memandikan jenazah menggunakan kaedah tayamum sebelum dikafankan sahaja.

Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pihaknya menetapkan kadar harga RM200 sahaja bagi kos tayamum.Jadi timbul persoalan, siapa yang menetapkan harga setinggi RM1,800 untuk tayamum dan pengurusan jenazah... pihak forensik atau tukang mandi jenazah yang dipilih oleh pengurusan forensik?

Bila ditanya unit forensik menyalahkan pihak pengurus jenazah yang dikatakan dilantik dan dipilih oleh pengurusan unit forensik itu sendiri.

Pengurus jenazah pula bila diajukan soalan itu tidak mengaku mengenakan bayaran sedemikian.

Laporan berkaitan..

TUMPAT: Seorang anak yang kehilangan ibu akibat COVID-19 tampil mendedahkan dia antara individu yang terpaksa membayar RM1,400 kos tayamum seperti yang diminta pihak pengurusan di Unit Forensik sebuah hospital di Kota Bharu.

Nurul Wahidah Ariffin, 36, yang juga seorang peniaga kecil- kecilan memaklumkan ibunya meninggal dunia pada 6 Mei lalu iaitu pada 10 hari terakhir Ramadan.

Kematian ibunya itu dimaklumkan oleh pihak wad hospital pada tengah hari dan selepas berbuka puasa, dia tiba di Unit Forensik hospital berkenaan.

Setiba di bilik jenazah, Nurul Wahida mendakwa, dia diminta menyediakan RM1,400 iaitu kos untuk memandikan jenazah ibunya secara tayamum.

“Saya terkejut (bila diminta sediakan RM1,400) dengan keadaan kita begini, dengan saya tak ada (duit) simpanan… nasib baik abah saya ada simpanan, kalau kena pada diri saya memang tak mampu nak bayar RM1,400 itu.

“Kena bayar dulu barulah hospital akan mandikan (jenazah). (Kos) mandi jenazah sampai RM1,4000 berat (membebankan) sangat untuk orang seperti kami, kena kurangkanlah (kos) itu, kita tidak ada (duit) simpanan,” ujar Nurul Wahida.

Ketika berkongsi kisahnya, Nurul Wahida sebak dan beberapa kali menangis mengenangkan tindakan pihak hospital meminta waris melunaskan kos terlebih dahulu sebelum urusan tayamum dilakukan.

Kata Nurul Wahida, kerana tiada pilihan, dia menjelaskan kos berkenaan kepada tukang mandi jenazah yang dipanggil oleh pihak hospital.

Sementara bagi urusan pengebumian pula, jawatankuasa khairat kematian di kampungnya telah menjelaskan bayaran penggalian liang lahad.

Kisah Nurul Wahida itu akan menjadi teladan buat dia dan keluarga.

Namun, dalam masa sama, dia memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya situasi yang sama perlu dilalui oleh golongan yang tidak berkemampuan.

Justeru, dia memohon pihak berkuasa campur tangan dalam menangani kes-kes seumpama itu.

Sementara itu, Astro AWANI akan berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak berwajib berkaitan isu ini.

Pada Isnin, Astro AWANI menyiarkan pendedahan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah kematian akibat COVID-19 mengenai caj yang tinggi bermula dari RM1,300 hingga RM1,800 bagi kos tayamum di beberapa buah hospital di negeri Kelantan, sila baca di SINI



Demikianlah Artikel RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan..

Sekianlah artikel RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM1,400 Kos Tayammum Mangsa COVID-19? Menangis Waris Menceritakan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/rm1400-kos-tayammum-mangsa-covid-19.html

Subscribe to receive free email updates: