Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni?

Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni?
link : Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni?

Baca juga


Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni?

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri atau bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Maslan berkata, ketegasan Zahid itu ketika mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Umno bagi menjelaskan pendirian parti.

“Baru-baru ini ada pertemuan Ahli Parlimen Umno dengan Presiden. Saya ingin menyatakan di sini bahawa ada tuduhan kepada Presiden yang beliau akan membawa Umno bersama PH dan DAP.

“Presiden bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar untuk jadi Perdana Menteri dan tidak akan bersama dengan PH, DAP.

“Saya ada ketika itu. Baru sehari dua ini pertemuan itu,” katanya menerusi soal jawab di NR Channel TV malam semalam.

Menurutnya, rundingan bersama Ahli Parlimen Umno yang belum menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin masih berjalan bagi menerangkan hala tuju parti, selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menarik sokongan kepada kerajaan hari ini.

Selain itu, katanya, 15 Ahli Parlimen Umno yang telah menarik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin juga berpendirian tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri atau bekerjasama dengan PH.

“Tak betul kata kita akan kerjasama dengan PH. Mereka mana ada majoriti, pembangkang ada 105 mungkin, tak sampai 111 untuk bentuk kerajaan dan Umno tak akan sokong.

“Apa yang akan berlaku selepas Ahli Parlimen tarik sokongan kepada (kerajaan PN pimpinan Muhyiddin), itu strategi kita yang saya tak boleh sebut. Tapi pokok pangkalnya selepas tarik sokongan kita serah kepada kebijaksanaan Agong membuat keputusan,” katanya.

Ahmad Maslan turut menegaskan, MKT pada 7 Julai lalu jelas menarik sokongan untuk Muhyiddin dan meminta Perdana Menteri baharu dilantik sehingga kes Covid-19 reda untuk Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

Krisis politik timbul apabila Zahid mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti susulan Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menarik balik sokongan.

Ini menyebabkan Ahli Parlimen Umno berpecah kepada dua kumpulan, iaitu sama ada mengikut keputusan parti atau terus kekal dalam kerajaan PN lapor FMT

Dalam pada itu menurut laporan Sinar Harian ,Ahmad Maslan juga mendedahkan bahawa Anwar juga tidak ada majoriti memandangkan 15 Ahli Parlimen yang ada bersama Zahid tidak akan menyokong beliau.

Sementara itu, Ahmad turut menafikan dakwaan bahawa Anwar bakal menjadi perdana menteri kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak mempunyai sokongan majoriti.

“Dia (Anwar) hanya ada 105 (ahli Parlimen). Itu pun tidak mencapai 111 dan UMNO tidak akan sokong dia. UMNO yang ada 15 (ahli Parlimen UMNO) itu tidak akan sokong mereka. Presiden tidak akan membawa untuk sokong mereka,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, UMNO menyerahkan keputusan untuk melantik perdana menteri yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin terbukti hilang majoriti untuk mengetuai kerajaan.

Hmm.. kesimpulannya UMNO akan menyokong usaha untuk menumbangkan Muhyiddin tetapi tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri..


Demikianlah Artikel Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni?

Sekianlah artikel Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/boleh-percaya-ke-cerita-ahmad-maslan.html

Subscribe to receive free email updates: