Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN

Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN
link : Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN

Baca juga


Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau didatangi Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal sehari sebelum pendakwaan terhadapnya dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kehadiran Wan Ahmad Faysal bertujuan untuk memujuknya agar kembali menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Jika benar saya mencuri duit milik parti seperti yang didakwa, mengapa mereka mengajak saya untuk kembali semula, kalau dah curi kenapa nak kekalkan saya.

“Media boleh tanya kepada dia berhubung perkara ini dan jika dia menafikannya, akan ada tindakan susulan (daripada pihak saya),” katanya semasa ditemui di pekarangan Mahkamah Johor Bahru di sini hari ini.

Menurut Syed Saddiq, lazimnya jika seseorang individu mahu mencuri, mereka akan melakukannya menggunakan duit kementerian.

“Ketika saya berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), masih terdapat kira-kira RM2 bilion, satu sen pun tidak pergi kepada saya.

“Mereka kembali semula kepada tahun 2018, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku untuk kata itu duit parti walaupun saya kata berlainan,” jelasnya lapor UTUSAN


Terdahulu, beliau membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen atas dakwaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram berjumlah RM100,000.i.

Syed Saddiq, 29, yang juga bekas menteri belia dan sukan membuat pengakuan itu di hadapan hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail dan meminta untuk dibicarakan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Syed Saddiq didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram ~ MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN

Sekianlah artikel Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan, Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong PN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/setelah-dikenakan-lagi-2-tuduhan-syed.html

Subscribe to receive free email updates: