Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa?link :
Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa?
Baca juga
Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa?
PETALING JAYA: Masalah ketiadaan bekalan telur ayam, ayam segar dan minyak masak peket terus membelenggu dan meresahkan rakyat hingga mencetuskan kebimbangan mereka berisiko berdepan krisis makanan jika ia tidak ditangani segera.
Isu tersebut bukan baharu, sebaliknya sudah berlarutan hampir enam bulan dan hingga kini belum ada tanda-tanda penyelesaian.
Ia dijangka bertambah meruncing apabila negara sedang memasuki musim tengkujuh yang dalam tempoh tersebut beban rakyat bakal ditambah dengan kenaikan harga ikan ekoran nelayan tidak boleh ke laut.
Senario tersebut sedang mengganggu rantaian makanan negara dan rakyat menunggu formula Kerajaan Perpaduan menyelesaikan masalah asas itu.
Pensyarah Program Teknologi Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Mohd. Zainol berkata, kemelut bekalan makanan perlu diberi keutamaan kerajaan kerana ia soal kehidupan rakyat.
Menurut beliau, pengumuman kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi mengatasi masalah tersebut dan memperkenalkan kupon minyak masak peket bersubsidi kepada golongan B40, peniaga-peniaga kecil dan sederhana adalah inisiatif jangka pendek.
Sebaliknya, kata beliau, selepas mampu menstabilkan bekalan telur, ayam dan minyak masak peket, kerajaan perlu mencari langkah jangka panjang bagi memastikan rakyat tidak berulang kali mengeluh dengan masalah kekurangan bekalan makanan.
“Kerajaan Perpaduan kena cari formula bagi memastikan bekalan makanan tidak berulang selain harganya stabil.
“Formula import makanan tidak selamat bukan sahaja rakyat perlu membeli dengan harga mahal tetapi lebih dikhuatiri apabila negara sumber tersebut enggan menjual kepada Malaysia kerana mungkin mereka sendiri berdepan masalah kekurangan bekalan di negara sendiri,” kata beliau.
TANAH
Sementara itu, Pensyarah Pengembangan Pertanian dan Komunikasi, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jasmin Arif Shah berkata, Malaysia mempunyai banyak tanah terbiar yang boleh dimanfaatkan bagi memperbanyak pengeluaran sumber makanan dalam negara melalui pertanian.
Menurut beliau, jika kena dengan inisiatif atau tawaran kerajaan, diyakini ada kumpulan belia sanggup berjinak dalam sektor pertanian bagi memastikan sekuriti makanan Malaysia selamat.
“Ini adalah pendekatan yang baik dan mampu menjana pendapatan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) atau kumpulan belia yang belum ada kerja.
“Setiap negeri ada kawasan terbiar yang sesuai untuk pertanian atau ternakan. Kita perlu pendedahan teknologi yang boleh meningkatkan hasilnya. Oleh itu, integrasi antara kementerian, pusat-pusat penyelidikan dan pendidikan perlu bergerak seiring supaya proses pengembangan teknologi sampai kepada golongan sasaran,” kata beliau.
Selain itu, kata Jasmin, kerajaan perlu merangka strategi bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada belia untuk menceburi bidang pertanian yang juga mampu memberi pendapatan lumayan.
“Belia ini kalau kita tunjukkan cara bertani atau menternak secara moden dan pulangan yang mampu diraih, mungkin ramai sanggup mengusahakan,” katanya.
Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Norsida Man pula berkata, kerajaan perlu memastikan wujud situasi ‘menang-menang’ antara pengeluar bekalan makanan dan pengguna berhubung minyak masak bersubsidi, telur dan ayam segar.
Menurut beliau, Ini bagi memastikan kedua-dua pihak tidak terus terkesan dengan masalah kekurangan bekalan asas.
“Ada kalanya apabila berjuang untuk pengeluar sebab pendapatan mereka rendah sebab harga jualan rendah, pengguna pula terkesan. Kalau berjuang untuk pengguna, pengeluar yang terkesan. Di sini kerajaan perlu ada skil rundingan menang-menang supaya kata sepakat boleh dicapai,” katanya.-
UTUSAN
Demikianlah Artikel Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa?
Sekianlah artikel Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekalan Makanan Kurang?.. Menteri Buat Apa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/bekalan-makanan-kurang-menteri-buat-apa.html