Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni..

Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni..
link : Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni..

Baca juga


Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni..

Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah memaklumkan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah pada hari Selasa lalu.

Bagaimanapun kelmarin Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan hanya menyatakan mengenai langkah mengimport telur daripada beberapa negara sudah dikenal pasti dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.

Katanya, itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Jelasnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus dan bukannya untuk menekan pengusaha industri tempatan.

Mohamad langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Kenapa Mohamad Sabu langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu?..

Mungkin kerana dia tak mahu Pengusaha-pengusaha Telur ayam gulung tikar kot..

IPOH – Pengusaha-pengusaha ayam telur di negeri ini berharap agar kerajaan tidak menurun­kan harga jualan hasil ternakan itu kerana ia bakal menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Menurut seorang pengusaha ayam telur dikenali sebagai Goh, ramai dalam kalangan mereka bakal gulung tikar jika kerajaan memutuskan untuk menurun­kan harga telur ayam.

Menurutnya, harga telur yang tinggi direkodkan ketika ini ­adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan tersebut, namun mereka percaya ia akan turun apabila masalah itu diatasi satu hari nanti.

Laporan penuh sila baca di SINI

Tetapi adakah wajar Telur diimport sedangkan negara kita mengeksport telur?

Baca ni..

Kuala Lumpur: Mengimport bekalan telur ayam dari negara luar bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kekurangan sumber protein itu.

Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.

Katanya, sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.

"Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi," katanya yang dipetik FMT Bussines.

Ameer berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Dalam pada itu, Ameer berkata, sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, pihak berkenaan perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

"Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah.

"Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini.

"Harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

"Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji.

Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis itu dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.

"Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3," katanya ~ MyMetro

Tak masuk akal kalau nak import telur tu kata Towkay Mydin..

Sepatutnya sebelum sebarang tindakan diambil rujuklah dulu pihak yang arif.. jangan dok dengar sangat idea orang yang ada kat keliling tu Abang Mat oii..


Demikianlah Artikel Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni..

Sekianlah artikel Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak Import Telur? Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/nak-import-telur-mat-sabu-patut-baca.html

Subscribe to receive free email updates: