Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib?

Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib?
link : Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib?

Baca juga


Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib?

Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali asalnya ialah seorang peguam korporat yang kemudiannya menyertai Maybank sebagai Group General Counsel and Company Secretary of Maybank cum Group Head of Corporate and Legal Services of Maybank. Senang cerita beliau bertanggungjawab menjaga bahagian undang-undang dan menjadi setiausaha syarikat Maybank selama 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Sebelum jadi ‘partner’ di Zico, beliau juga pernah bekerja di Suruhanjaya Sekuriti di pelbagai jabatan termasuklah bahagian penguatkuasaan yang melibatkan jenayah kolar putih. Suruhanjaya Sekuriti, Firma guaman korporat dan Maybank. Tiga latar belakang ini membentuk profil kerjaya Nazlan yang semuanya berlegar dalam dunia korporat, khusus dalam tadbir urus dan undang-undang syarikat.

Kes salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam syarikat GLC seperti dalam kes Najib ialah makanan asasi Nazlan selama puluhan tahun.

Dalam ‘circle’ terdekat aku, lama aku sudah sebut yang kalau tengokkan latar belakang Nazlan itu sahaja, ‘Najib is finished’. Sebab itu selama ini hampir tidak ada sesiapa yang membangkitkan mengenai kelayakan latar belakang Nazlan melainkan cerita dongeng cucu saudara Tun.

Tidak keterlaluan jika aku katakan pengetahuan Nazlan yang amat mendalam dalam bidang tadbir urus korporat mungkin mempengaruhi keputusannya semalam, terutama dari segi hukuman. Jika hakim lain yang mungkin latar belakangnya bukanlah dari dunia korporat, boleh jadi hukuman yang diberikan tidaklah seberat yang Nazlan berikan. Sampaikan seorang peguam kanan bidang jenayah berpangkat Dato’ pernah sebut kepada aku minggu lepas, “If it’s Nazlan, he (Najib) will be convicted. But at the appellate courts, I think Najib may still have his chance”.

Dari segi sahsiah juga, Nazlan seorang yang tidak banyak bercakap. Aku ingat perbualan aku dengan seorang setiausaha syarikat di bawah kumpulan kepala rimau yang mengulas mengenai pelantikan Nazlan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2015 – “Dia sesuai sangatlah jadi hakim, jenis tak banyak cakap”.

Itu serba sedikit tentang Hakim Mohd Nazlan.. 

Siapa aku tu silalah lihat di SINI

Jadi.. adakah 'Kempen' burukkan Nazlan dan cemari badan kehakiman hanya untuk bebaskan Najib?

KUALA LUMPUR: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutuk kempen memburukkan Datuk Mohd Nazlan Ghazali selaku hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes penggubahan wang haram dan pecah amanah SRC International dihadapi Datuk Seri Najib Razak pada 2020.

Melalui satu kenyataan bersama, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menegaskan kempen digerakkan pihak yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri itu kelihatan direka untuk menjatuhkan pentadbiran undang-undang dan mencemarkan nama baik badan kehakiman Malaysia.

"Bersih dan GBM percaya bahawa kempen memburukkan Mohd Jazlan dan sistem kehakiman Malaysia oleh peguam dan rakan-rakannya berniat untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Najib yang akan membebaskan beliau daripada penjara.

"Kami dengan rendah diri memohon Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat Malaysia untuk menolak percubaan daripada penjenayah yang disabitkan dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan, serta mencemarkan nama baik badan kehakiman.

"Harus ditegaskan bahawa Ketua Hakim Negara perlu diberikan ruang untuk menentukan sebarang tindakan yang bersesuaian secara bebas berdasarkan maklumat yang dirujuk kepada beliau," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan dikeluarkan BERSIH dan GBM turut menggariskan beberapa fakta untuk menyokong pendirian mereka termasuk isu pelanggaran kod etika hakim membabitkan Mohd Nazlan yang dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam salinan surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang tular di media baru-baru ini.

Surat berkenan tular hanya beberapa hari selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk membuat semakan ke atas sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya.

BERSIH dan GBM menegaskan, SPRM tidak memiliki kepakaran atau bidang kuasa untuk menentukan sama ada hakim yang mempengerusikan perbicaraan jenayah mempunyai konflik kepentingan yang mengkehendakinya menarik diri daripada perbicaraan, atau untuk menentukan sama ada seseorang hakim melanggar Kod Etika Hakim 2009.

"Pengurusan perbicaraaan jenayah adalah urusan mahkamah perbicaraan atau rayuan yang secara konsisten menolak tuduhan dibuat peguam Najib, dengan urusan etika kehakiman adalah untuk Hakim Negara, Jawatankuasa Etika Kehakiman dan/atau tribunal yang dilantik Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

"Campur tangan SPRM dalam urusan pengurusan perbicaraan kehakiman dan etika kehakiman menunjukkan keangkuhan, kebiadapan dan penghinaan kepada kebebasan badan kehakiman," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, BERSIH dan NGO menegaskan jelas sekali daripada episod ini bahawa SPRM memerlukan reformasi struktur yang mendalam untuk membebaskannya daripada pengaruh eksekutif dan tidak dijadikan senjata untuk kepentingan politik.

"Sebarang siasatan terhadap tindakan SPRM yang dinilai sebagai niat jahat terhadap Mahkamah Persekutuan dan tempoh masa 'meragukan' untuk menguar-uarkan siasatan mereka sebelum rayuan akhir SRC Najib di mahkamah tertinggi tahun lalu, perlu dimulakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

"Perlu dinyatakan tuduhan semberono salah laku kehakiman sangat serius dan berpotensi merosakkan. Bahkan, Parlimen dilarang oleh Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan perjalanan mahkamah dibahaskan di Parlimen, kecuali dengan usul substantif yang dibawa oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli Dewan.

"Oleh itu, tidak ada jawapan untuk mengatakan bahawa seorang Menteri berhak untuk mendedahkan kandungan penyiasatan kepada hakim hanya kerana soalan telah diajukan di Dewan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan laporan berhubung pelanggaran kod etika membabitkan Mohd Nazlan sudah dikemukakan kepada Tengku Maimun bertarikh 21 Februari lalu.

Azalina berkata, pelanggaran itu dikenal pasti menerusi kesimpulan dikemukakan dalam Laporan SPRM yang mendapati Mohd Nazlan selaku Hakim Mahkamah Rayuan melanggar peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009 dengan dokumen berkenaan turut dikemukakan kepada Tengku Maimun pada hari sama - BH


Demikianlah Artikel Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib?

Sekianlah artikel Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah 'Kempen' Burukkan Hakim Nazlan Hanya Untuk Bebaskan Najib? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/adakah-kempen-burukkan-hakim-nazlan.html

Subscribe to receive free email updates: