RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap?link :
RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap?
Baca juga
RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap?
KUALA LUMPUR: Seramai 47 individu dan syarikat-syarikat produksi yang dikenal pasti menerima dana semuanya berjumlah RM20 juta tetapi tidak menerbitkan filem disaman.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, tindakan tersebut diambil berdasarkan laporan audit membabitkan dana filem berjumlah RM20 juta yang diberikan kepada syarikat produksi dan individu antara 2013 hingga 2017.
“Berdasarkan laporan audit yang kami terima, kesemua penerima dana berkenaan gagal menerbitkan filem seperti yang dipersetujui.
“Justeru, Finas menerusi tindakan pembetulan dan mengekang penyelewengan melakukan tindakan menyaman kesemua 47 syarikat dan individu terbabit.
“Sekiranya tindakan ini tidak diendahkan, individu dan syarikat-syarikat terbabit bakal diisytihar muflis,” katanya.
Menurut beliau, tindakan Finas mengikut prosedur dan bertujuan mendapat semula dana yang diambil tetapi `disia-siakan’.
Kata Md. Nasir, langkah tersebut juga untuk memulihkan martabat Finas selain membaiki kelemahan sehingga dana filem diseleweng.
AMARAN
“Kami telah desak mereka untuk bayar balik dana yang mereka terima menerusi surat amaran yang kami hantar kepada mereka.
“Bagaimanapun, pelbagai alasan yang diberikan malah muncul pihak menyalahkan Finas, menganggap kami tidak berperikemanusiaan kerana menyaman pelaku,” jelasnya.
Md. Nasir berkata, ketirisan dana filem memang berlaku dan diharapkan perkara itu tidak berulang.
Susulan itu, kata beliau, tahun ini Finas memperketatkan proses pemberian dana untuk syarikat produksi atau individu yang bercadang untuk membikin filem.
“Finas juga akan turun padang untuk menyaksikan sendiri proses penggambaran yang dijalankan penerima (dana) bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku,” katanya.
Selain itu, Md. Nasir berkata, Finas juga akan melakukan penambahbaikan proses pemilihan penerima dana membabitkan panel pemilih yang latar belakang mereka sebelum ini sering dipersoal ramai pihak.
Jelasnya, beberapa perubahan telah dilakukan bagi membolehkan proses pemilihan penerima dana tidak diragui.
“Tahun ini kami telah melantik 30 orang panel penilai yang terdiri daripada ahli akademik, penggiat filem dan drama termasuk penulis skrip, pengarah dan ramai lagi untuk memudahkan proses tersebut.
“Kami pilih mereka yang berwibawa untuk memastikan latar belakang panel pemilih yang dilantik tidak lagi dipertikaikan,” kongsinya.-
UTUSAN
Demikianlah Artikel RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap?
Sekianlah artikel RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RM20 Juta Lesap, Satu Filem Pun Tak Siap? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/rm20-juta-lesap-satu-filem-pun-tak-siap.html