UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauhlink :
UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh
Baca juga
UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh
Seorang pemimpin akar umbi Umno Pulau Pinang memberi amaran mengenai rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli sekiranya parti itu gagal berunding untuk mendapatkan lebih banyak kerusi di negeri pimpinan Pakatan Harapan itu pada PRN akan datang.
Ketua Umno Permatang Pauh, Zaidi Said, berkata walaupun PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerajaan perpaduan mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU14, mereka tidak sepatutnya diletakkan bertanding di kerusi berkenaan sahaja.
“Ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno dan memburukkan lagi retorik perpecahan dalam parti,” katanya kepada FMT.
Pada PRU14, BN hanya menang dua kerusi DUN di Pulau Pinang iaitu di Sungai Dua dan Permatang Berangan.
Zaidi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail, bahawa PH dan BN akan mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada PRU14.
Zaidi berkata tiga kerusi DUN dipertandingkan di Permatang Pauh dan satu perlu diberikan kepada Umno untuk ditandingi.
Tiga kawasan itu – Seberang Jaya, Permatang Pasir, dan Penanti – sebelum ini dimenangi PH.
“Daripada tiga kerusi ini, Umno hanya minta satu.
“Ia juga mencerminkan semangat kerajaan perpaduan semasa (jika BN diberi satu kerusi di Permatang Pauh), daripada tiada langsung kerusi untuk BN berbanding tiga untuk PH,” katanya.
Katanya, kira-kira 20,000 pengundi BN yang tegar di tiga kawasan itu mungkin tidak mengundi PH jika BN tidak diberi kerusi.
“Penyokong BN akan hilang keyakinan dan mungkin membuat keputusan untuk tidak mengundi atau memberikan undi protes. Sukar juga untuk menggerakkan jentera jika BN tidak bertanding,” katanya.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata membenarkan parti mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada PRU14 tindakan yang logik dan masuk akal.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan beberapa masalah akan timbul di peringkat akar umbi, khususnya dalam Umno.
“Akan ada sabotaj atau boikot oleh akar umbi, tetapi ia minimum berbanding sabotaj yang mereka hadapi ketika PRU15 oleh ahli mereka kerana kemelut dalaman,” katanya.
Azmi berkata keputusan PRU14 tidak seharusnya menjadi satu-satunya faktor penentu peruntukan kerusi.
Landskap politik berubah sejak PRU14 dan parti perlu mempertimbangkan situasi semasa ketika mengenal pasti kerusi, katanya.
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN -
FMT
Demikianlah Artikel UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh
Sekianlah artikel UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Intai Kerusi DUN Di Permatang Pauh dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/umno-intai-kerusi-dun-di-permatang-pauh.html