MP Rasmikan Mesin ATM?

MP Rasmikan Mesin ATM? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP Rasmikan Mesin ATM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP Rasmikan Mesin ATM?
link : MP Rasmikan Mesin ATM?

Baca juga


MP Rasmikan Mesin ATM?

Anggota Parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada Jumaat melancarkan sebuah mesin pengeluaran wang ATM di kawasan parlimennya.

Mesin itu diletakkan di sebuah stesen minyak di kawasan parlimen di Terengganu itu bagi memudahkan penduduk setempat.

Katanya, penduduk Hulu Besut selama ini terpaksa pergi ke bandar Jerteh yang agak jauh untuk mengeluarkan wang.

“Semoga kemudahan ATM dapat membantu penduduk dan merancakkan lagi ekonomi di Hulu,” kata wakil rakyat PAS itu di Facebook.

Jarak dari Hulu Besut ke Jerteh kira-kira 35km atau 40 minit perjalanan.

LAIN DIHARAP LAIN PULA YANG DAPAT 

Acara itu menjadi perbincangan dan gelak ketawa sebahagian pengguna maya yang pelik dengan keadaan yang jarang-jarang berlaku itu.

Mereka berpendapat perkara itu aneh kerana mesin ATM sudah digunakan secara berleluasa di seluruh Malaysia, tidak seperti di era 90-an.

“Seriuslah, mesin ATM pon rasmi potong reben.

“Kita di zaman bila ni weh?” tulis seorang pengguna maya, seperti dilaporkan sebuah portal berita yang dikaitkan dengan Amanah.

Penggfuna maya juga menyindir acara itu yang kelihatan ‘bersungguh-sungguh’, siap dengan acara perasmian melalui pemotongan reben.

PENJELASAN PEGAWAI CHE MOHAMAD

Sementara itu, pembantu peribadi Che Mohamad mempertikaikan komen-komen negatif berkaitan acara itu.

Shalahhudin Jaafar berkata perasmian itu bertujuan meramaikan pengguna menggunakan kemudahan ATM tersebut supaya mencapai sasaran bank.

“Jika sasaran itu tercapai diharap pihak bank akan tambah pula perkhidmatan CDM (deposit tunai) untuk kemudahan penduduk,” katanya di Facebook sebentar tadi.

Dia justeru mempertikaikan kenapa perkara itu ditularkan seolah-olah ia menjadi kesalahan.

Sedangkan, tambahnya, dalam majlis itu tidak ada sepatah ucapan pun oleh Che Mohamad.

   

Ketika dihubungi, Che Mohamad mendakwa komen negatif berhubung isu itu dibuat oleh anggota Pemuda Umno.

“Itu Pemuda Umno yang buat banyak komen. Pemuda Umno yang highlight tu. Dia cuba perbesarkan isu tu sebab yang rasmi tu YB PAS bukan YB Umno, itu sahaja,” katanya.

Dia juga menambah bahawa pemilik premis juga menyambut baik acara perasmian berkenaan kerana akan membolehkan ramai orang tahu mengenai mesin ATM itu.

“Itu sahaja tujuan promosi tu, tujuan perasmian itu untuk promosi supaya penduduk tahu di Bukit Payung sekarang ni dah ada mesin ATM jadi tak payah pergi Jerteh.

“Dia sebagai pemimpin masyarakat, YB parlimen, apabila dia rasmi, orang akan ambil perhatian jadi orang tahu lah (ada mesin ATM baru dibuka),” katanya lagi - Malaysiakini


Demikianlah Artikel MP Rasmikan Mesin ATM?

Sekianlah artikel MP Rasmikan Mesin ATM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP Rasmikan Mesin ATM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/mp-rasmikan-mesin-atm.html

Subscribe to receive free email updates: