PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudahlink :
PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah
Baca juga
PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah
IMEJ baik kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim setakat ini tercalar dan tercemar dengan isu pengampunan Najib Razak dan penangguhan kes Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Najib kini memohon dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta melalui pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong. Permohonan pengampunan difailkan pada Ogos tahun lalu.
Manakala Zahid memohon 47 pertuduhan kes rasuah, salahguna kuasa dan pelupusan wang haram digugurkan oleh peguam negara. Representasi sudah difailkan kepada Jabatan Peguam Negara oleh peguam beliau.
Daripada prosiding permohonan penangguhhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini jelas menunjukkan pihak pendakwaan berjalan seiring dan senada dengan Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah (SPRM) memberi alasan tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan kes Zahid yang dikemukakan oleh peguam.
Kesudahannya pada hari perbicaraan ke atas Zahid yang ditetapkan dari April hingga Julai nanti dilapangkan atau dalam bahasa biasa bermaksud ditangguh ke tarikh yang baru.
Alasan utama penangguhan itu ialah untuk menunggu keputusan peguam negara sama ada 47 pertuduhan ke atas Zahid itu wajar digugurkan ataupun tidak.
Perkembangan apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini amat menyeramkan dan membimbangkan.
Nampaknya peranan peguam negara berada di kedua-dua gelanggang.
Pertama, peguam negara mengambil posisi dalam pengampunan Najib di bawah Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan yang Lembaga Pengampunan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dianggotai sama oleh peguam negara.
Seterusnya, melalui Perkara 42(9) menyatakan Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin dikemukakan oleh peguam negara.
Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas takrif kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah Perkara 42(4)(b) bahawa kuasa Agong dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42.
Kedudukan perundangan ini amat jelas berbeza dengan kuasa budi bicara peguam negara yang bukan raja dan bukan Agong di mahkamah sivil.
Kuasa peguam negara untuk mengugurkan 47 pertuduhan ke atas Zahid hampir mutlak di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Ini berbahaya dan cukup merisau dan membimbangkan kepada sesiapa yang mencintai keadilan, ketelusan dan kebenaran.
Di bawah Perkara 145(3) dinyatakan secara bertulis peguam negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di mahkamah sivil.
Kemungkinan senario yang tidak diingini akan berlaku.
Jika Najib diberi pengampunan diraja dan 47 pertuduhan ke atas Zahid digugurkan maka kesan dua hal besar ini adalah suatu malapetaka kepada kerajaan pimpinan Anwar.
Perdana menteri perlu diingatkan. Gabungan politik Pakatan Harapan (PH) dan PKR akan ditolak oleh rakyat dalam enam pilihan raya negeri tidak lama lagi.
PH dan PKR seterusnya akan dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Kesudahannya, PH dan PKR akan rebah dan tersungkur bersama-sama Barisan Nasional dan Umno jika Najib dan Zahid bebas dan lepas dengan begitu mudah sekali.
Jika itu berlaku, jangan kata saya tak ingatkan.
Hassan Abdul Karim,
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Demikianlah Artikel PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah
Sekianlah artikel PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH Rebah Bersama BN Jika Najib, Zahid Di Bebas Dengan Mudah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/ph-rebah-bersama-bn-jika-najib-zahid-di.html