Nur Jazlan Nasihat DAP? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nur Jazlan Nasihat DAP?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Nur Jazlan Nasihat DAP?link :
Nur Jazlan Nasihat DAP?
Baca juga
Nur Jazlan Nasihat DAP?
DAP mencatatkan kemenangan 98% dengan memenangi 46 dari 47 kerusi DUN, Parti tersebut telah memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Selangor , Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Di Selangor DAP bertanding 15 kerusi, 11 di Negeri Sembilan dan 19 di Pulau Pinang, DAP Cuma tersungkur di dewan undangan negeri (DUN) Derga dan mengekalkan Kota Darulaman di Kedah.
UMNO pula bertanding di 108 Kerusi, tapi hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi dalam enam negeri itu atau kalah 82%.
Jadi secara dasarnya ianya menunjukkan dan membuktikan UMNO telah ditolak oleh Orang-orang Melayu kerana boleh dikatakan 108 Kerusi yang ditandingi itu didominasi oleh Kaum Melayu.
Tiba-tiba muncul Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati DAP , katanya DAP perlu mengikut formula kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang berubah mengikut landskap politik hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menegaskan, sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO kali ini, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
Itu nasihat Nur Jazlan kepada DAP..
DAP perlu mengikut formula kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang berubah mengikut landskap politik hari ini.??
KEJAYAAN Barisan Nasional?? Kejayaan mai kot mana?.. PRU-15 kalah teruk.. PRN 2023 pun kalah dengan teruknya.. Nur Jazlan boleh kata KEJAYAAN?
Mungkin kejayaan yang ditangguhkan kot? Ha.. ha..
Parti sendiri pun ditolak Melayu.. nak suruh DAP berubah ikut cara UMNO?? Apa punya lawak la dia ni buat..
Tapi.. apa perlunya DAP berubah untuk mendapat sokongan Melayu? sedangkan DAP tidak bertanding di kawasan Majoriti Melayu..
Cakap sajalah... DAP perlu berubah untuk UMNO dapat kembali sokongan Melayu UMNO..
Laporan berkaitan..
JOHOR BAHRU - DAP perlu berubah menjadi parti yang sederhana supaya boleh terus disokong oleh masyarakat Cina dan pengundi Melayu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, DAP yang merupakan rakan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan perlu mengikut formula kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang berubah mengikut landskap politik hari ini.
"Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika PRN lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tak boleh nak terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina.
"Bila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka kata MCA tak ekstrem dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu.
"Berbeza dengan DAP, mereka kata tak boleh terima agenda sekular dalam parti itu. Sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
Ketua UMNO Bahagian Pulai itu seterusnya menegaskan, sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO kali ini, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
"Tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada mereka sanggup gugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysia Malaysian dalam perlembagaan parti mereka.
"Sebab dua agenda itulah terus jadi trauma kepada orang Melayu dan buatkan mereka tak boleh terima perjuangan DAP.
"Biarpun sebelum ini sudah ada orang Melayu yang jadi ahli, pemimpin malah jadi wakil rakyat, namun pada saya, majoriti orang Melayu melihat ia sekadar satu cara kecil untuk 'menghalalkan' parti itu di mata orang Melayu," katanya.
Nur Jazlan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara berkata, jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar, DAP dirasakan akan terus dipulau oleh pengundi Melayu.
Malah tambahnya, UMNO juga akan terus ditolak orang Melayu selagi UMNO bekerjasama dengan DAP di dalam kerajaan.
"Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap Pas akan jadi lebih kuat pada PRU16 dan masa depan.
"Oleh itu, kita akan lihat keadaan politik yang ekstrem di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada Pas sebagai parti mereka," katanya.
Demikianlah Artikel Nur Jazlan Nasihat DAP?
Sekianlah artikel Nur Jazlan Nasihat DAP? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nur Jazlan Nasihat DAP? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/nur-jazlan-nasihat-dap.html