Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah?

Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah?
link : Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah?

Baca juga


Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah?

Pepatah Cina ada menyebut, dua ekor harimau tidak boleh berada di atas satu puncak bukit.

Namun dalam politik, itulah yang kerap berlaku apabila dua atau lebih pemimpin hebat bersaing di atas puncak bukit yang sama. Baik UMNO, MCA, MIC, PKR, DAP dan Pas, semuanya tidak pernah sunyi dengan ngauman dan cakaran sang harimau untuk mengukuhkan kedudukan di atas puncak bukit itu.


Begitu juga dengan Kapal, ianya tidak akan sampai ke destinasi jika ada dua nakhoda.

Setiap kapal hanya dikepalai seorang nakhoda untuk mengendalikan laju geraknya – memilih jalur yang tepat agar tidak bertembung dengan kapal lain.

Ketua Wartawan Sinar Harian Utara Roslinda Hashim menulis..

SEJARAH tercipta apabila Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua pada 14 Ogos lalu. Kali pertama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu diangkat sebagai Menteri Besar Kedah ialah pada 17 Mei 2020.

Walaupun lantikan ketika itu dibuat pada separuh penggal selepas berlaku peralihan kuasa setelah kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ia tetap melakar sejarah tersendiri.

Menariknya, kedua-dua Menteri Besar Kedah itu melakar sejarah yang sama iaitu dilantik menerajui Kedah sebanyak dua kali.

Pada 2013, aura Mukhriz menyebabkan Kedah berjaya dirampas daripada kerajaan negeri di bawah Pas yang diterajui Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak apabila sentimen Mukhriz bakal Menteri Besar Kedah dimainkan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya.

Muhammad Sanusi ketika itu menjadi Setiausaha Politik kepada Azizan dan merupakan antara tulang belakang mempertahankan pemimpin Pas itu yang diserang daripada pelbagai arah apabila buat pertama kalinya Kedah ditadbir parti lain selain BN.

Tidak hairanlah Muhammad Sanusi digelar anak didik Azizan yang digilap sejak awal, selain dipengaruhi sedikit sebanyak perwatakan idola beliau yang dikenali sebagai ‘chengei’ (garang) dan suka melawak, namun serius ketika bekerja.

Kali ini aura Muhammad Sanusi pula berjaya mengekalkan Kedah kepada Pas di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) apabila isu sama dimainkan iaitu beliau kekal Menteri Besar Kedah sekiranya PN menang pilihan raya negeri (PRN).

Kedua-dua pemimpin itu sememangnya memiliki aura dalam mempengaruhi pengundi dan menjadi trending dalam era masing-masing.

Mukhriz pertama kali mengangkat sumpah jawatan pada 6 Mei 2013 selepas meranapkan kerajaan Pakatan Rakyat diterajui Azizan, namun hanya mampu bertahan sehingga 3 Februari 2016 selepas disingkirkan parti, gara-gara ADUN kerajaan ketika itu hilang kepercayaan terhadap beliau.

Mukhriz kemudian digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sehingga penggal berakhir pada 10 Mei 2018.

Bekas ADUN Jitra itu sekali lagi mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei 2018, namun tidak berjaya mempertahankan kuasa sehingga tamat penggal susulan berlaku peralihan kerajaan di peringkat Persekutuan, seterusnya di negeri.

Mukhriz terpaksa melepaskan jawatannya pada 12 Mei 2020 sebelum diambil alih kerajaan Muafakat Na-sional, gabungan Pas, Bersatu dan BN. Muhammad Sanusi kemudian diangkat sebagai Menteri Besar Kedah buat kali pertama menggantikan Mukhriz untuk menerajui Kedah selepas Pas diberikan mandat kali kedua mentadbir negeri.

Ternyata aura Muhammad Sanusi mahupun Mukhriz amat luar biasa dan rakyat Kedah dilihat begitu kagum dengan dua figura hebat itu.

Mereka mempunyai kelebihan dan menyumbang kepada negeri jelapang padi mahupun parti masing-masing. Malah, kedua-duanya turut menjadi ikutan anak muda dan ikon Kedah, sekali gus melonjakkan populariti negeri berkenaan.

Sama ada Muhammad Sanusi atau Mukhriz, perjalanan politik mereka sememangnya penuh berliku.

Namun, aura Mukhriz dilihat semakin pudar selepas beliau bersama parti baharunya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) gagal meraih tempat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain tidak menyertai PRN 2023.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi semakin ‘menyengat’ terutama selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu lantang mengkritik Kerajaan Perpaduan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kontroversi mahupun kes mahkamah yang dikaitkan dengan dirinya sedikit pun tidak melenyapkan populariti panglima perang PN itu, sebaliknya serangan demi serangan ke atas dirinya menjadikan Muhammad Sanusi semakin popular terutama di media sosial.

Inilah yang mungkin boleh dikatakan senjata makan tuan apabila serangan pihak lawan sepanjang kempen PRN langsung tidak berbekas, sebaliknya ‘membantu’ Muhammad Sanusi mendapatkan lebih banyak sokongan.

Ia diterjemahkan pada PRN yang menyaksikan PN menang besar di Kedah. Selepas ini kita pasti akan ternanti-nantikan siapa pula pemimpin pelapis akan membarisi kedudukan dan aura setara dengan kedua-dua pemimpin berkenaan yang dijulang sebagai Menteri Besar Kedah paling popular.


Demikianlah Artikel Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah?

Sekianlah artikel Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Harimau Atas Satu Bukit Kini Di Kedah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/dua-harimau-atas-satu-bukit-kini-di.html

Subscribe to receive free email updates: