Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai..

Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai..
link : Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai..

Baca juga


Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai..

ATAS kertas, calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dilihat nampak ‘mudah’ untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi sifunya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Namun realitinya, laluan itu tetap berliku dan tidak semudah ‘angka’ berdasarkan jumlah undi yang diperoleh Salahuddin dan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Jika digabungkan undi ke­dua-duanya berjumlah 96,626, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong memperoleh 20,677 undi.

TEKAD

Walaupun ramai yang meramalkan calon PH mampu memenangi kerusi tersebut, namun Suhaizan tetap berusaha keras untuk meraih sokongan pengundi. Malah, beliau bertekad untuk menang dengan undi dan majoriti ‘meyakinkan’.

Namun, ketika ditanya apa yang beliau maksudkan undi dan majoriti ‘meyakinkan’, Suhaizan enggan mengatakannya, namun mungkin ingin mendapat lebih banyak daripada 33,174 majoriti yang diperoleh Salahuddin pada PRU15.

Andai Suhaizan yakin mampu mempertahan kerusi, calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli juga bertekad mendepani cabaran besar itu untuk mengecewakan Suhaizan buat kali ketujuh mencuba nasib dalam pilihan raya, namun kali ini situasinya jauh berbeza.

Sebagai anak kelahiran Tampoi yang terletak dalam kawasan Parlimen Pulai, nyata Zulkifli ada kelebihan tersendiri. Walaupun pertama kali bertanding, namun beliau dilihat tidak kekok mendekati orang ramai, mungkin kerana merupakan anak jati di kawasan tersebut.

TEGAR

Seperti yang ramai tahu, ke­dua-dua calon berusaha untuk memenangi undi kaum Melayu, khususnya penyokong tegar UMNO termasuk kira-kira 18,000 ahli UMNO Bahagian Pulai.

Undi dan sokongan daripada pengundi Melayu amat penting kerana merangkumi kira-kira 44 peratus daripada lebih 167,000 pengundi kawasan tersebut.

Dengan isu kepercayaan terhadap kepimpinan dan keputusan UMNO dan BN menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan PH, undi dan sokongan Melayu masih tidak sekukuh sebelum ini walaupun semakin diterima di peringkat akar umbi.

‘Kehadiran’ beberapa kain rentang yang menyatakan supaya tidak memberi sokongan kepada calon kerajaan perpadu­an tidak boleh diambil enteng kerana dianggap manifestasi dan cerminan sokongan pengundi, khususnya ahli UMNO.

Namun, dengan cara pemikiran masyarakat di kawasan bandar, isu pembangunan setempat dan kos sara hidup mungkin diberi pertimbangan bagi pengundi yang mungkin lebih berpihak kepada calon Kerajaan Perpaduan.

Malah, Suhaizan mengaku isu itu tidak menggugat sokongan kepadanya kerana beberapa pemimpin UMNO, khususnya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turun dan berjumpa akar umbi bagi menjelaskan kerjasama PH-BN dalam kerajaan perpaduan.

Walau apa pun, calon-calon yang bertanding masih mempunyai masa lebih seminggu untuk menarik lebih banyak sokongan sebelum hari penentuan pada 9 September ini. – UTUSAN



Demikianlah Artikel Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai..

Sekianlah artikel Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misi ‘Beli Jiwa’ Pengundi Melayu Di Pulai.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/misi-beli-jiwa-pengundi-melayu-di-pulai.html

Subscribe to receive free email updates: