Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib

Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib
link : Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib

Baca juga


Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib

Jika BN ingin membebaskan pemimpinnya bagi membantu mengekang PN, ia sepatutnya berusaha membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak, kata Khairy Jamaluddin.

Dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, bekas ketua pemuda Umno itu berkata pembebasan Najib akan membawa nilai lebih besar untuk PH dan BN berbanding Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Zahid dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) membuat permohonan tersebut kepada mahkamah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bebaskan Zahid, bebaskan saja Najib. Sekurang-kurangnya dia ada nilai tambah kepada BN-PH.

"Bandingkan 'Bossku' (Najib) dengan Zahid, (orang) yang akan bagi nilai tambah untuk kekang 'gelombang hijau' adalah Najib. Apa yang dia (Zahid) boleh buat? Dia tiada nilai tambah.

Dia juga berkata kerajaan seperti melakukan apa yang dipanggil sebagai "kitchen-sink", bermaksud melakukan perkara-perkara buruk terlebih dahulu dengan harapan keadaan akan pulih kemudian.

"Kitchen-sink semua benda dan bebaskan Najib - dia akan bawa lebih nilai kepada anda. Anda sudah kuburkan kemurnian Malaysia. Berikan pengampunan," katanya.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Dalam episod Keluar Sekejap sebelum ini, Khairy pernah mencadangkan agar Najib diberi pengampunan agar dia dapat membantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan PN.

Bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan juga bersetuju dengan cadangan itu dengan berkata pembebasan itu tidak mustahil dari segi 'realpolitik'.

"Sudah tentu penyokong Bossku akan kata 'akhirnya Zahid bebas, tapi bagaimana dengan Bossku?' "Saya tak rasa soalan itu boleh dikekang lagi. Berapa lama tempoh masa sebelum perkara ini menyebabkan ketegangan dalam Umno sehingga Zahid sendiri diserang oleh penyokong Bossku," katanya lagi.

Dua hari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat walaupun hakim Collin Lawrence Sequerah mendapati pihak pendakwaan telah mewujudkan prima facie terhadap presiden Umno itu, yang telah diarah untuk membela diri.

Pihak pendakwaan berkata, permintaan DNAA itu adalah atas beberapa sebab, termasuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut; melihat kemungkinan terdapat pendakwaan terpilih; dan menunggu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku yang ditulis bekas peguam negara, Tommy Thomas - M'kini


Demikianlah Artikel Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib

Sekianlah artikel Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alang-alang Bebaskan Zahid, Bebaskan Saja Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/alang-alang-bebaskan-zahid-bebaskan.html

Subscribe to receive free email updates: