DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ

DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ
link : DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ

Baca juga


DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ


 KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menyifatkan DAP 'tiada lagi sempadan merah' atau tidak berprinsip, susulan reaksi parti itu terhadap langkah pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkait Yayan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, semalam.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, berkata DAP kini menurunkan tahap parti itu ke paras lebih teruk daripada yang dilemparkan pemimpinnya kepada MCA sebelum ini.

"(DAP) adalah 'anjing' suruhan yang membenarkan penyalahgunaan kuasa.

"Parti itu tidak kisah mengenai perkara berkenaan (kerana) 95 peratus pengundi kaum Cina akan terus menyokong mereka," katanya menerusi Instagram, hari ini.

Terdahulu, DAP dilaporkan menyuarakan gesaan supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, memberikan penjelasan terbuka susulan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata penjelasan itu penting mengambil kira pandangan pelbagai pihak terhadap keputusan itu.

Untuk rekod, kontrak Idrus sebagai peguam negara tamat hari ini dan bakal digantikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang pelantikannya bakal berkuat kuasa esok.

Semalam, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Permohonan menghentikan semua prosiding itu dibuat ketika peringkat bela diri dengan 15 saksi sudah memberi keterangan setakat ini.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya - BH



Demikianlah Artikel DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ

Sekianlah artikel DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Adalah 'Anjing' Suruhan - KJ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/dap-adalah-anjing-suruhan-kj.html

Subscribe to receive free email updates: