DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahidlink :
DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid
Baca juga
DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid
PETALING JAYA: DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mahu Peguam Negara memberi penjelasan terbuka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya, kelmarin.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau mahu rakyat mengetahui faktor yang mendorong keputusan pelepasan Presiden UMNO itu.
Beliau berkata, pihaknya sedar permohonan dibuat pihak pendakwaan untuk menamatkan prosiding sementara membuat siasatan lebih terperinci adalah budi bicara Peguam Negara dan diputuskan oleh mahkamah.
AKAUNTABILITI
“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun, demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara harus menjelaskan secara terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.
“Penjelasan ini penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.
“DAP juga akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam kes mahkamah,” katanya dalam kenyataan semalam.
INTEGRITI
Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, dengan penjelasan terperinci, ia akan dapat memberi pencerahan kepada semua pihak, sekali gus mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Amanah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh selama ini.
“Namun, Amanah berpandangan, atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberi suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan itu,” katanya.
Selepas 77 hari dibicarakan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bagaimanapun menolak permohonan pasukan pembelaan supaya beliau dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.
Dalam pada itu, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, walaupun Ahmad Zahid masih boleh didakwa semula tetapi apa yang terjadi sudah menghantar isyarat bahawa kes rasuah yang sudah disiasat secara terperinci, didapati terdapat prima facie tetap boleh dipertikai.
Kata beliau, keputusan tersebut menyebabkan semua pejuang-pejuang antirasuah di negara ini berasa kecewa dan menyifatkan ia merupakan hari hitam untuk Malaysia. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid
Sekianlah artikel DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP, Amanah Mahu Peguam Negara Jelaskan Kes Lepaskan Zahid dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/dap-amanah-mahu-peguam-negara-jelaskan.html