BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk!

BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk!
link : BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk!

Baca juga


BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk!

JOHOR BAHRU: “Barisan Nasional (BN) memang gila kuasa tapi Pas jauh lebih teruk daripada itu.”

Demikian tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada program Penerangan Isu Semasa: Anda Tanya Saya Jawab, malam tadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, mana-mana parti politik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bertanding pada Pilihan Raya adalah untuk mendapatkan kuasa mentadbir kerajaan negeri atau Persekutuan.

Saarani berkata, impian itu perlu disusuli dengan perjuangan murni tanpa mengorbankan prinsip parti bagi membela nasib rakyat, orang Melayu serta agama Islam.

“Itu yang berlaku di Perak apabila kita bersetuju untuk menjadi negeri pertama menubuhkan kerajaan perpaduan dengan mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Dalam rundingan itu, DAP khususnya bersetuju untuk menghormati prinsip perjuangan parti termasuk tidak membangkitkan lagi isu tuntutan hak milik tanah 999 tahun untuk kampung-kampung baharu di Perak.

“BN Perak yang memenangi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu turut mendengar rundingan daripada Pas untuk menubuhkan kerajaan negeri 100 peratus lslam, namun tidak ada apa-apa tawaran yang diberikan kepada kita,” katanya pada program yang diadakan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini.

Yang turut hadir, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Saarani berkata, apa yang berlaku pada PRU15 itu tidaklah seburuk pengkhianatan yang dilakukan Pas pada PRU14 yang bertindak menikam dari belakang dan berpaling menubuhkan kerajaan bersama PH.

“Pada PRU14, tidak ada mana-mana parti yang mendapat majoriti, BN ketika itu memenangi 27 daripada 59 kerusi DUN, semua 27 kerusi DUN itu disumbangkan oleh UMNO. Pas pada ketika itu hanya memperoleh tiga kerusi sahaja, cukup untuk BN-Pas bekerjasama membentuk kerajaan negeri.

“Segala tawaran yang diminta parti Islam itu kita tunaikan termasuk jaminan Jawatankuasa Exco Kerajaan Negeri dan kita meterai kerjasama itu dengan menandatangani perjanjian. Namun begitu, beberapa jam sebelum kita menghadap Sultan Perak untuk mengangkat sumpah, mereka khianati kita dan batalkan perjuangan itu. Parti seperti inikah yang perlu kita bergabung hanya kerana turut memperjuangkan Islam?,” soalnya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk!

Sekianlah artikel BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Memang Gila Kuasa, PAS Lagi Teruk! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/bn-memang-gila-kuasa-pas-lagi-teruk.html

Subscribe to receive free email updates: