Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin

Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin
link : Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin

Baca juga


Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin


 MUAR: Peratusan rendah bagi pengundi Melayu keluar mengundi sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu ataupun Pilihan Raya Umum (PRU) menyebabkan beberapa kerusi sepatutnya dimenangi Perikatan Nasional (PN) gagal dirampas.

Mengambil contoh senario ketika PRN di enam negeri bulan lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata paling ketara di Selangor apabila hanya 71 peratus pengundi Melayu mengundi menyebabkan PN gagal menawan di tujuh kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, parti gabungan itu sepatutnya boleh membentuk kerajaan di Selangor jika peratusan pengundi Melayu mencecah 80 peratus dan ke atas.

Namun, Muhyiddin memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hanya 71 peratus pengundi Melayu keluar mengundi ketika itu.

"Kalau dipecahkan undi Melayu yang keluar mengundi, mungkin kurang daripada peratusan itu. Situasi ini menyebabkan tujuh kerusi yang sepatutnya PN boleh menang tapi tewas.

"Dari segi majoriti keseluruhan diperolehi di tujuh kerusi itu, mereka (Pakatan Harapan) menang hanya 13,000 undi. Kalau kita (PN) dapat lebih 7,000 undi lagi, kita boleh menang bukan setakat tujuh malah lebih daripada itu untuk membentuk kerajaan negeri.

"Tetapi kita kalah di tujuh kerusi yang diperlukan untuk menggenapkan 29 kerusi bagi membolehkan PN membentuk kerajaan di Selangor.

"Inilah contoh yang nyata berlaku di hadapan kita apabila kegagalan orang Melayu keluar beramai-ramai mengundi walaupun sudah berkali-kali pilihan raya sama ada PRU atau PRN ataupun PRK," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega PN di Markas PAS Simpang Jeram malam tadi.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin dan calon PN,

Justeru, Muhyiddin mengingatkan pengundi Melayu supaya keluar mengundi bagi membolehkan kemenangan kepada PN terutama di Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu ini.

"Ini menjadi tanggungjawab bagi semua pemimpin Melayu terutama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memberi penerangan kepada mereka supaya keluar mengundi. Ini wajib disempurnakan pada pilihan raya ini dan akan datang," katanya - BH


Demikianlah Artikel Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin

Sekianlah artikel Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Tawan Selangor, Ini Alasan Muhyiddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/gagal-tawan-selangor-ini-alasan.html

Subscribe to receive free email updates: